NYALAKAN KEGEMBIRAAN DI SDS BAKERY & CAFE SEMPENA KRISMAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
HI dan Salam Sejahtera...

SAMBUTAN Hari Natal akan tiba tidak lama lagi dan bersempena dengan sambutan perayaan yang penuh keriangan ini, SDS Bakery & Café mengambil inisiatif untuk menyebarkan kegembiraan kepada golongan kanak-kanak yatim dan yang tidak bernasib baik melalui projek yang dinamakan "Light Up Happiness" yang mana ia lebih bermakna dengan penglibatan secara langsung dari pelanggan SDS Bakery & Cafe.

Sebagai simbolik cahaya yang menandakan harapan dan kebahagian, SDS akan mengikat 'Shortbread Cookies' kepada lampu yang digantung pada pohon krimas yang diletakkan di dalam restoran di mana pelanggan SDS yang membelanjakan RM50 ke atas ketika menikmati makanan di SDS akan diberikan 'shortbread cookies' bernilai RM4.50 dari pohon krismas itu dengan percuma. Semakin banyak cookies yang dibuka dari lampu pohon krismas, semakin terang cahaya pada pohon krismas yang mana SDS akan menyumbangkan kek kepada beberapa Rumah Anak Yatim mengikut bilangan lampu yang telah dibuka pada pohon krismas, wowww.. cetusan satu idea yang sungguh menarik, syabas SDS Bakery & Café.

SDS "Light Up Happiness" ini akan bermula dari 16 November 2019 hingga 22 Disember 2019 hanya di cawangan terpilih sahaja iaitu SDS Café di Johor Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, The Mall Mid Valley Southkey, Plaza Pelangi, AEON Mall Tebrau City dan AEON Mall Kulaijaya.

Tanpa makanan yang lazat sesuatu perayaan itu pasti kurang meriah. Oleh itu, bersempena dengan perayaan Krismas pada tahun ini juga, SDS Bakery & Café memperkenalkan beberapa menu ciptaan baharu termasuklah SDS Christmas Best Seller, "Herb-Roasted Whole Chicken" yang kembali atas permintaan ramai. Di samping itu, menu baharu turut diperkenalkan iaitu "Honey Black Pepper Roasted Whole Chicken" sempena krismas. Diperap dengan resipi rahsia selama dua hari, kedua-dua ayam ini didatangkan bersama dua pilihan sos iaitu Sos Rocky dan BBQ, sesuai hidangan untuk tiga hingga empat orang dengan harga hanya RM39.90++.

Pelanggan yang bercadang untuk meraikannya di rumah, juga boleh membuat pembelian bawa pulang dan SDS E-Member layak mendapat diskaun 10 peratus manakala bagi pemegang kad diskaun, anda layak mendapat diskaun sebanyak 15 peratus dengan setiap pembelian seekor ayam panggang. Bagi setiap pembelian bawa pulang dua ekor ayam panggang atau seekor ayam panggang bersama sebiji kek khas Krismas (X'mas Log Cake), pelanggan akan diberikan percuma SDS A-Li Tumbler. Oh, ya.. anda juga perlu membuat pembelian secara pre order tiga hari lebih awal sama ada untuk makan di restoran atau bawa pulang dan ia mula tersedia pada 23 hingga 25 Disember 2019 akan datang.

Selain itu, bagi peminat daging kambing, SDS turut memperkenalkan "Santa Wonder Lamb". Ia merupakan hidangan Braised Lamb Shoulder yang dihidangkan bersama kentang putar, jagung manis, sayur campur dengan curahan sos perang yang berharga RM36.90++.

Jangan ketinggalan untuk mencuba hidangan laut yang lazat "Merry Fishmas". Ia merupakan ikan salmon yang dipanggang  dihidangkan bersama Sautéed Spinash Mushroom, Jagung Manis, Kentang Putar dan Sos Raita yang sangat istimewa. Hidangan yang sungguh lazat ini hanya berharga RM31.90++.

Buka selera anda dengan "Rudolph The Red Fries" RM13.90++ yang merupakan hidangan kentang goreng yang sungguh gebu yang dipanggang bersama keju dan capsicum sebelum menanti hidangan utama anda dihidangkan ke meja.

Bagi menyempurnakan hidangan, turut dilancarkan adalah minuman berkhasiat yang sangat menyegarkan, "Jingle Holiday Punch" dari jus orange-promagerate dan putih telur yang boleh didapati pada harga RM8.90++ dengan mana-mana hidangan Christmas Meal atau RM11.90++ secara ala carte. Bagi peminat Hot Chocolate, anda pasti sukakan "Winter Chocolate" iaitu minuman coklat panas bersama hiasan krim putar dan sos coklat yang meleleh. Ia boleh didapati pada harga RM7.90++ dengan mana-mana hidangan Christmas Meal atau RM10.90++ secara ala carte.

Semua hidangan sempena Krismas ini boleh dinikmati di SDS Bakery & Café terpilih sehingga 31 Disember 2019 sahaja.

 Parti Krismas anda pastinya lebih meriah dengan kek yang dicipta khas oleh SDS sempena perayaan kali ini. Bermula dari hanya RM58 hingga RM88 anda pasti teruja dan keliru untuk memilih kek yang pastinya cantik dirakamkan di kamera telefon anda seperti "Santa House" ini. Kek buatan tangan berperisa coklat ini pasti menjadi tarikan bagi peminat coklat untuk mencubanya.
Harga RM60.

Atau anda ingin pilihan yang lebih cool seperti "Winter Holiday" ini iaitu Gelato Cake dengan kek span coklat serta cookies & cream gelato. Harga RM68.

Bagi peminat kek mangga, "Santa Town" ini pun cool jugak tau. Kek span berperisa vanilla dengan mousse mangga ini pasti menyempurnakan hidangan hari Krismas anda. Harga RM58 (standard) dan RM72 (royal

Jika anda merupakan penggemar kek Red Velvet, anda tentu teruja untuk memilih "Here Comes Santa".  Red Velvet Cake dengan krim keju yang memukau boleh didapati dengan harga RM62.

"X-Mas Log Cake" yang  merupakan Chocolate Swiss Role. Kek span gulung yang dilapisi musse coklat dengan ganache yang mewah ini pasti membuatkan anda tidak henti menyuap. Harga RM60 (standard) dan RM75 (royal)

Paling cute, paling comel, paling teruja tengok kek berupa pohon krismas ini. 
"A Christmas Blessing" merupakan kek coklat lembab dengan ganache mewah. Harga RM88.

Jika anda bukan penggemar kek, anda boleh memilih "Holiday Tree" iaitu bun mini dengan inti kastard yang meleleh yang tentunya sedap ini.

Atau apa kata anda hadiahkan rakan-rakan dan saudara dengan "A Gift From Santa" yang merupakan combo Mini Macaron, Almond Chocolate Cookies, Cranberry Butter Cookies dan Almond and Seeds Crisp yang dijual dengan harga RM9.90.

Atau anda boleh juga pilih "Ho Ho Ho Bundle" iaitu dua keping donut yang hipster ini dengan topping coklat dan kelapa kering yang sungguh gebu.

Kesemua kek ini perlu dibuat pesanan tiga hari lebih awal dan ia boleh ditempah sehingga 1 Januari 2020. Bagi mereka yang membuat pesanan mulai sekarang sehingga 29 November 2019, anda boleh menikmati diskaun sebanyak 15 peratus.

Pelanggan yang tidak sempat untuk singgah ke SDS Bakery & Café boleh juga membuat pesanan dalam talian dengan melayari http://sdsgroups.com/christmas/ . Pesanan secara dalam talian dibuka sehingga 26 Disember 2019.

Untuk maklumat lanjut promosi produk SDS Bakery & Café yang lain, boleh lihat di 


Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wowwww...meriahnya menu!! terus rasa lapar tau

    ReplyDelete
  2. kek dia sedap! sampai ain punya pun kita cekau..tapi ain keji, dia makan abis krim tepi2 dulu baru kasi kek dia...cissss

    ReplyDelete
  3. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!