SEAFOOD AGLIO OLIO CREAMY & SPICY PASTA

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
Assalamualaikum...

BERANGANNYA dah lama nak masak pasta ala Aglio Olio yang berkrim dan pedas seperti yang pernah Sk makan di Gold Bean 93 sebelum ini.
Disebabkan Pak Inche bukan penggemar pasta sebab dia kata macam tak berapa nak kenyang makan pasta, jadi di suatu hari tu, Sk bercadanglah nak masak steak dan pasta sebagai hidangan sampingan. Tapi, dah elok landing kuali atas dapur, oh tidakkkkkk, pastanya tinggal secoet, hahaha. Sudahnya, Sk buat nasi goreng seafood je masa tu, hahahaha. Jadi, bila Iman balik ni barulah dapat direalisasikan Seafood Aglio Olio yang pedas berkrim itu….

Kalau diikutkan sebenarnya resipi Aglio Olio ni simple ajer kan. Ia cuma menggunakan bawang putih yang ditumis menggunakan minyak zaitun sebelum digaul dengan pasta yang telah direbus sehingga lembut. Secara jujur dulu Sk dan Iman bukan peminat Aglio Olio tapi bila ia diolah menjadi pedas berkrim, barulah kena dengan citarasa kami.

Seafood Aglio Olio Creamy & Spicy Pasta

Bahan-bahan :
Pasta secukupnya (Sk guna fettucine)
5 ulas bawang putih dicincang
7 tangkai cili kering, potong kecil
Minyak zaitun
Udang, Sotong, Kupang (jika ada)
2 tbs butter
1/2 senduk whipping cream
Chilli Flakes
Daun Parsley kering 
Garam atau serbuk perasa

Cara-cara :
1. Rebus pasta mengikut arahan pada label bungkusan. (Sk guna fettucine, panaskan air mendidih, masukkan garam dan minyak zaitun, kemudian rebuskan fettucine 12 minit)

Sementara itu..
2. Dalam kuali besar, tumiskan bawang putih dan cili kering dengan minyak zaitun.
3. Masukkan udang dan sotong, kacau. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air rebusan pasta.
4. Masukkan whipping cream, kacau sebati. Jika suka lebih lemak, boleh letak lebih whipping cream.
5. Bila pasta dah lembut, toskan dan masukkan terus ke dalam kuali.
6. Masukkan butter dan gaul sebati, tambahkan sedikit air rebusan pasta.
7. Masukkan garam dan tambah serbuk perisa jika suka, gaul sebati dan tutup api.
8. Sebelum makan taburkan chilli flakes dan daun parsley cincang.




Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Okey nak buat nanti guna fettuccine plak..

    ReplyDelete
  2. anak kita peminat aglio olio ni...mak dia pun suka jugak...lama tak buat pasta sebab laki den tak minat pasta² ni

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba nanti resepi versi ini. terima kasih

    ReplyDelete
  4. mcm sedap je. pasti aku abe kie cuba buat nanti. tq.

    ReplyDelete
  5. yang jenis2 makanan cemni memang x tolak. letak plak udang besaq ehe.. lagi nyums..

    ReplyDelete
  6. Ayo Raih Kesempatan Mendapatkan Uang Ratusan Juta Rupiah... Agen Sabung Ayam Online Terbesar dan Terpercaya di indonesia, Kunjungi Website Kami Di Ayo Daftar Disini Sekarang Juga untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda.
    Hubungi kami di WA: +62-812-2222-995 & Telegram : @bolavitacc

    ReplyDelete
  7. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!