Assalamualaikum…
BERBULAN rasanya tak cuci kereta. Ialah, kereta jalan dalam bandar, nampak macam tak kotor sangat. Hakikatnya, berlapuk dek hujan tambah lagi bila hujan turun renyai-renyai. Sudahnya bercapuk-capuk jadinya kereta. Bertabah ajelah pakai ke hulu ke hilir pergi balik kerja malah sampai ke KL, Ipoh semua, hahaha. Pulak tu, tempat Sk parkir tu agak berpasir lagilah berdebu luar dalam, hurmmm. Malas betul nak menunggu cuci kereta, jadi relalah pakai kereta berlapuk berbulan-bulan.
Memandangkan miligue kereta pun dah hampir untuk diservis, hari ni sempat jugak Sk hantar kereta ke Pusat Servis Perodua. Ada 930 kilometer lagi sebenarnya tapi sebab kami nak ambil Iman lagi beberapa hari, kena jugaklah servis lebih awal. Masa ambil kereta, tahi burung bukan main hijau lagi mengalir di tingkap kereta, yekkkk.. kena jugaklah cuci uiiiii, dah macam berkulat kereta Sk ni ha, hahaha.
Akhirnya ke sinilah destinasi, dah beberapa kali cuci kereta di sini memang puas hati. Dan sebenarnya Sk memang mengidam nak makan Nasi Ayam Penyet kat sini. Tambahan datang seorang, memang tak ada halangan la nak makan, kalau dengan Pak Inche, mahunya dia nak makan-makan macam ni. Mesti nak cari makanan berlauk, kalau Sk asal kenyang sudah.. tapi syaratnya tempat tu mestilah bersih dan halal.
Dua kali Sk minta tambah sambal. Kakak warung ni pulak, makin suka bila SK puji sambal dia sedap. Mereka ni sebenarnya adik beradik, yang seorang cuci kereta, seorang lagi sediakan makanan. Sepatutnya ada suami dia yang cuci tapi suami masa tu ke masjid untuk solat, jadi isterinya tolong cucikan dulu. Masa tengah bilas kereta tu suaminya balik, cepat-cepat dia ambil paip dari tangan isteri dia.
Dah nak selesai cuci kereta, gerimis pun mengundang. Alhamdulillah, sedih ke lepas cuci kereta hujan? Eh, tak apa.. Sk okey aje kalau lepas cuci kereta hujan. Sebab rasanya memang kereta tu patut dicuci pun, dah kritikal sangat kotornya, hahaha.
Memanco-manco sehhhh!
Lokasi :
Car Wash Wadihana, selepas jambatan Wadihana
ayam dia sedap tak kak? nasi ayam penyet sekarang payah nak jumpa ayam sedap, sambal sedap ni.
ReplyDeleteSedap x ayam dia..SA kalau ayam penyet suka part whole leg ni...puas makan...
ReplyDeletesama la, sejenis malas jugak nak cuci kereta..hahahah
ReplyDeleteWah ini namanya sambil mnyelam minum air...ada aktiviti nk dibuat sambil2 tunggu jereta siap tu.
ReplyDeleteKereta kita kena bersih, tapi kalau kereta anak-anak, ermmm macam kete nasi lemak hahahaha...baru cucikan semalam, sekali hujan pun turun....ahahahaha
ReplyDeleteMacam sedap pulak nasi ayam penyet tu...
You have posted a incredibly detail document. I examine your entire article and I really like it, I actually understand your point of view. Exploring the un-official subreddit for Pikdo- Share your posts, ask questions and get feedback on your account. Come join our great page.
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802