RESIPI MEE KOLOK YANG SEDAP TAPI BANYAK CIKADAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum...

MEE Kolok adalah antara masakan mee kegemaran Pak Inche.
Apa yang Sk perasan, selain Mee Kolok, Pak Inche memang penggemar masakan berasaskan mee seperti Mee Goreng Mamak, Bihun Goreng, Bihun Sup, Mee Bandung, Mee Rebus termasuklah Char Kuey Teow. Biasanya masakan mee akan jadi pilihan Pak Inche untuk makan malam sekiranya telah makan nasi pada waktu siang. 

Biasanya, kalau nak makan Mee Kolok, kami akan makan di kedai jer sama ada di Hutan Bandar atau di Kebun Teh. Yang terkini, kami sering makan di Kampung Melayu iaitu cawangan Mee Kolok Kebun Teh. Walaupun begitu, selalu jugaklah Pak Inche berzikir minta Sk masakkan mee kolok untuk dia, hurmmm.. Sk bukan apa, setakat nak makan semangkuk, tak payahlah susahkan bini, hahahahahaha.. Penat ui nak sediakan bahan-bahan, kemudian nak kena cuci pinggan mangkuk dan periuk belanga lagi. Walaupun tak susah tapi renyah juga sebenarnya sebab ada beberapa condiments (tak tahu melayu nak sebut apa) yang perlu disediakan berasingan seperti sambal cili dan minyak bawang putih. Itu belum lagi termasuk bahan tabur dan hiasan.
Banyak cikadak woooo….


Resipi Mee Kolok 

Bahan A (Mee)
Mee kolok kering atau mee wantan, dicelur lembut
(boleh juga nak guna sebarang mee segera)

Bahan B (Sup)
300 gm daging lembu
4 - 5 cawan air 
2" halia
1 sup bunjut
3 pokok daun bawang
2 kiub pati lembu

Cara-cara:
1. Rebus daging bersama halia, kemudian keluarkan daging.
2. Masukkan sup bunjut, kiub pati lembu dan bahagian bawah pokok daun bawang, renehkan.


Bahan C (Minyak Bawang Putih)
5 - 6 ulas bawang putih cincang 
1/4 cawan minyak masak  
(Goreng bawang putih hingga garing, asingkan bawang putih dan minyaknya)

Bahan D (Daging)
Daging yang telah direbus, hiris nipis dan perapkan dengan :
1/2 tbs kicap pekat
1 tbs kicap manis
1 tbs sos tiram
2 tbs minyak bawang putih
beberapa titis minyak bijan

Bahan E (Sayuran)
Sayur sawi, bersihkan, potong kecil dan celur dalam air panas mendidih

Bahan F (Sambal Mee Kolok)
15 tangkai cili padi Thai, belah dan buang bijinya
Jus dari 2 biji limau nipis
1- 2 tbs cuka masak
1- 2 tbs gula atau secukupnya
 garam secukupnya
(Kisar sehingga halus, ketepikan)

Cara Hidangkan Mee Kolok

1. Panaskan kuali non-stick, masukkan sedikit minyak bawang putih dan goreng sekejap daging yang telah diperap.
2. Ambil mee kolok yang telah dicelur untuk satu potion, sudukan secukupnya bahan perapan daging tadi dan gaulkan rata pada mee, letak dalam mangkuk.
3. Letakkan sayur dan daging.
4. Taburkan daun bawang dihiris dan bawang putih goreng.
5. Makan bersama sup dan sambal cili.

Selamat Menyepahkan Dapur!

Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mmg sedap mee kolok..tp sstengah org rasa mee kolok ni mcm mee megi...depend pd cara memasak..letak cili lebih lgi sedap.

    ReplyDelete
  2. tak pernah rasa tapi biasa dengar mee kolok nie . Resepi pun simple je , boleh try buat hujung minggu nie . thanks untuk resepi tu kak :)

    ReplyDelete
  3. Kalau SA makan kat kedai je la..payah plak nak masak tgok resepinya...hahahaha

    ReplyDelete
  4. kita amik resepi ni ye...manalah tau dtg angin sepoi2 bahasa ngajak kita ke dapo nanti.

    ReplyDelete
  5. Kalau untuk makan ramai-ramai berbaloi masak sendiri..kalau tidak...emmmmm..
    PC belum pernah makan mee kolok ni.

    ReplyDelete
  6. alahai belum penah makan lagi mee kolok ni :(

    ReplyDelete
  7. Thanks kongsi resipi.. Memang sedap mee kolok ni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!