Assalamualaikum…
OLD Town White Coffee, sudah tidak asing lagi di kalangan penggemar kopi. Restoran yang asalnya dari kopitiam yang tumbuh di Ipoh ini kini mempunyai cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Jika di JB, Sk selalu jugak memilih Old Town sebagai tempat mengalas perut justeru itu bila ke Ipoh, Sk tidaklah begitu teruja untuk ke Old Town White Coffee Restauran.
Namun, fikiran SK berubah apabila membaca satu blog yang berkongsi tentang 21 tempat makan wajib singgah bila ke Ipoh, Old Town White Coffee Grand tersenarai sebagai café wajib singgah kerana hidangan yang ditawarkan di sini dikatakan istimewa dan tidak berada di semua cawangan Old Town.
Dan sebaik melangkah kaki ke dalam restoran pun ternyata sudah cukup untuk menggambarkan keluarbiasaannya. Dengan hiasan yang cukup mewah dan elegant, anda pasti terpaku menyaksikan hiasan dalam restoran yang cukup ekslusif.
Sk memilih Cold Brew dari biji kopi yang dipanggang sederhana. Dikatakan sukatan yang sesuai untuk menghasilkannya ialah 1 aunz biji kopi bagi setiap secangkir air panas namun SK memilih Kopi O Ais yang sungguh kaw!
Pilihan Pak Inche, Kopi Ais, phewwwwwww! Yang ini cukup kawww!
Mantap bukan sahaja persembahannya tetapi pasti rasa kopinya.
Nasi Ayam Hainan untuk Pak Inche.
Terkagum dan dunia sepi seketika bila ia dihidangkan ke meja.
Dan boleh dikatakan ia antara nasi ayam tersedap yang pernah Sk makan di restoran.
Caramel Latte Iman yang sungguh terasa masam dan masin caramelnya.
Aisnya dikisar halus dan tetap manis memikat sehingga ke sedutan terakhir.
Roti Bakar yang wajib dipesan setiap kali ke Old Town White Coffee.
Mee Wantan dengan Ayam Panggang untuk Iman.
Yang ini biasa saja rasanya.
Monte Cristo untuk Sk.
Wahhh.. Diet ek SK tu, hahahaha… padahalllll…!!
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih