SEDAPNYA MASAKAN SPANISH DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

Sepanyol merupakan sebuah negara yang terletak di Semenanjung Iberia di barat daya Eropah. Sempadannya adalah Portugal, Perancis, Andorra, Gibraltar dan Maghribi.
Disebabkan perbezaan geografi, budaya dan iklim, masakan Sepanyol terdiri daripada beraneka hidangan.


Kedudukannya yang dikelilingi perairan, mungkin antara sebab mengapa masakan mereka banyak memasukkan makanan laut ke dalamnya selain mencerminkan akar umbi negara Mediterranean. Sejarah panjang Sepanyol juga membawa pengaruh budaya sehingga banyak menghasilkan masakan yang unik termasuklah hidangan panggang dan pencuci mulut yang membuka selera.




Justeru itu, Sk tidak menolak apabila mendapat peluang untuk menikmati masakan Sepanyol atau Spanish Cuisine di Café BLD, Renaissance Johor Bahru Hotel hujung minggu lalu kerana sepanjang bulan November ini, Chef Arnold akan membawakan masakan Spanish Cuisine yang terkenal dengan hidangannya yang unik dan lazat yang mencerminkan budaya masyarakat Sepanyol.


Paella Rice, tentunya ini merupakan hidangan utama yang sering menjadi tumpuan di majlis keraian. Ia merupakan hidangan nasi berperisa dengan rempah ratus terpilih yang dimasak bersama makanan laut seperti udang, sotong dan kupang.



Jika anda tidak gemarkan nasi, anda boleh pilih Fideua. Cara masakannya seperti Paella Rice cuma beras digantikan dengan spaghetti. Kalau tanya Sk suka yang mana, tak tahulah ya, dua-dua tersangatlah sedapnya.


Hidangan nasi dan spaghetti ini boleh digandingkan bersama lauk pauk masakan Spanish yang mempunyai banyak unsur sayuran dan daging seperti Butter Garden Vege ini di mana ia merupakan sayuran yang dicelur dahulu sebelum digaulkan dengan mentega.


Seperti yang Sk katakana tadi, hidangan Spanish banyak memasukkan makanan laut.
Ini adalah sotong yang dimasak bersama rempah paprika.


Chicken Croqutte atau Chicken Ball yang dimasak bersama sos putih, nampak biasa tapi rasanya luar biasa, sedap sangat rasa sos putih tu juga menyerlahkan rasa ayam.


Selain makanan laut anda boleh sahaja meletakkan Beef Caldereta ini di dalam pinggan anda.
Ia merupakan hidangan daging lembu yang dimasak gaya Spanish.



Spanish Cuisine juga terkenal dengan Adobo Barbeque iaitu cara panggang yang unik dengan cara memerap daging dan sayuran dengan rempah dan cuka. Daging yang telah diperap ini kemudian dipanggang sebegitu rupa sebelum dihiris nipis untuk dihidangkan kepada tetamu.


Sepanyol antara negara yang terkenal dengan hidangan Tapas yang merupakan hidangan pembuka selera mereka. Terdapat 14 jenis tapas panas dan sejuk yang boleh anda pilih ketika makan malam di Café BLD ini seperti gambar-gambar yang Sk kongsikan ini.


Rasa dan cara penyediaan  tapas yang unik menjadikan ia sesuai dimakan panas atau sejuk bersama kepingan roti Peranchis yang dihiris tebal atau nipis atau bersama kepingan biskut keju.







Spanish Spices Roasted Meats on skewers yang pastinya menjadi kesukaan anak-anak.
Sungguh kreatif, kan!


Jangan dilupakan Arroz Con Lecehes iaitu Puding Nasi yang terkenal sebagai pencuci mulut di Sepanyol. Selain Spanish Cuisine, Café BLD masih mengekalkan hidangan-hidangan tempatan yang lain yang tidak dapat disangkal lagi keenakannya.


SPANISH WEEKENDS DINNER BUFFET
CAFE BLD RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

SETIAP JUMAAT DAN SABTU 
SEPANJANG BULAN NOVEMBER 2019
Masa : 6.30 pm hingga 10.00 pm

Harga : 
RM123 bersih dewasa
RM61.50 bersih kanak-kanak (5 - 12 tahun)

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi +607 381 3322
atau email ke partheeban.sundaramurthy@renaissancehotel.com
atau WhatsApp Bussiness +6017 771 3327
Atau klik link berikut
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. waaaaaaaaa tengok gambar pun terus jadi lapaq. haha

    ReplyDelete
  2. Semuanya sedap2..rasanya lain dari yg lain..memang best..😊😋🤗

    ReplyDelete
  3. Allah...kenapa la SA tgok entry ni time ni...dh la fav seafood tu semua..bertabahlah duhai hati...

    ReplyDelete
  4. I'm thankful for the article.Really thank you! Will read on...What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe,
    Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest places.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!