NASI GORENG SAMBAL BELACAN YANG SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum... 

DAH sarapan ke tu? Hujung-hujung minggu ni tentu ramau yang memilih 'brunch' kan.  Begitu juga dengan Sk. Kalau di pejabat,  sebelum pukul 8 dah siap sarapan tapi kalau di rumah,  gedebak gedebuk,  pukul 10 baru makan.  Pak Inche pulak bukan jenis yang makan awal pagi,  paling cepat pukul 9.30 tu baru dia nak makan,  jadi 'i follow'.. Takkan nak makan asing-asing pulak. 

Ni pun Pak Inchenya dah keluar.  Nak servis kereta katanya sebab nak kena out station bulan depan.  Kerja pun tengah banyak di pejabat,  hujung-hujung tahun ni semuanya kena diselesaikan. Tinggallah Sk sarapan seorang,  hurmm. Diam tak diam kita dah pun berada di bulan November,  lagi dua bulan nak masuk tahun 2020, nak ada kereta terbangggg..  hahahhaha. 


Resipi Nasi Goreng Sambal Belacan

Minyak secukupnya untuk menumis
2 biji Telur
Garam atau Serbuk Cukup Rasa
Cili Padi jika suka pedas
2 sudu Sambal Belacan
2 cawan nasi putih

Cara-cara :

1. Panaskan minyak di kuali,  masukkan sambal belacan,  tumis hingga garing. 
2. Masukkan cili padi yang ditumbuk kasar,  kacau sikit. 
3. Masukkan telur
4. Masukkan nasi.  Kacau cepat nasi dalam kuali hingga rata dengan sambal, gunakan api yang besar. 
5. Masukkan serbuk cukup rasa dan sedikit garam. Gaul sebati. 

Siap!! 

RESIPI SAMBAL BELACAN SK

3 tangkai cili merah hidup
11 tangkai cili padi hijau
Belacan bakar sebesar ibu jari
1 tomato
1 sudu kecil gula
Jus limau secukupnya

Tumbuk atau kalau malas boleh kisar
Jika dikisar,  jangan kisar terlalu halus. 

Klik sini untuk

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wah..menggoda sungguh nasi goreng SK nih

    ReplyDelete

  2. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa lahaiii...kadang pun nasi goreng simple macam ni pun kenyang sampai ke petang, dah tu mengantuk membuta hahahaha..
    Kadang kalau malas guna sambal belacan segera hehehe

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaa..Sa suka sambal belacan tapi tiap kali makan mesti jerawat naik besar2..kadang lantak je..makan janji sedap..tapi sambal belacan SA x leh la pedas..perut x tahan

    ReplyDelete
  5. ni kalo kitorang kat kampung, sebut nasi goreng biasa...atau nasi goreng kampung aje..haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!