SOTONG ALA NASI ROYALE JB

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...

BARU jer malam Isnin lepas, Sk masak Ayam Sambal untuk makan malam, malam tadi Pak Inche request lagi nak makan Ayam Sambal. Sedap sangat katanya, huwa huwa huwa. Sori, tak ada gambar, hehehe. Kadang memang macam tak boleh fikir Pak Inche yang tak pernah jemu makan sambal. Kadang-kadang dalam seminggu tu berderet hari makan sambal. Sambal Ayam, Sambal Daging, Sambal Sotong, Sambal Udang dan ulang menu yang sama sampai naik kembang tekak SK makan sambal. Pendek kata, selagi stok cili kisar tu ada, selagi tu layankan ajelah lauk sambalnya.. hahaha.

Memikiokan Sk teringat-ingat Sotong kelar-kelar Nasi Royale JB, Sk merajinkan diri kononnya nak masak sekali Kari Sotong. Jadi, adalah variasi lauk kami nanti, ada Ayam Sambal, Ayam Goreng tentunya dan Kari Sotong. Tengah penat memasak tetiba dengan bunyi pagar pintu dibuka dan suara Pak Inche yang ceria memanggil-manggil macam selalu. Sampai dapur dihulurnya bungkusan Mee Goreng Daging Pak Mus.

Aiseh, kan bagus kalau dari awal cakap tak yah masak, nanti babah beli Mee Goreng.
Hurmmm.. kalau makan Mee Goreng, siapa pulak nak makan Kari Sotong ni? Dan kalau dah makan nasi dengan kari sotong, memang taklah Sk nak makan mee goreng, tambahan lagi dah malam-malam dan esok pulak hari bekerja. Mata ni kalau boleh nak terpejam aje, hahahaha.

Resipi Sotong Ala Nasi Royale JB

Beberapa ekor sotong saiz sederhana besar
(Bersihkan  dan kelar-kelar badannya jangan putus)

4 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2" halia (hiris)
Rempah tumis (Sedikit kulit kayu manis, bunga lawing dan biji pelage)
2 tbs serbuk kari daging (boleh juga guna ikan)
2 tangkai daun kari
1 asam gelugor
sedikit air dan minyak untuk menumis
garam secukup rasa

1. Panaskan minyak dan tumis bahan dimayang, halia, rempah tumis hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan serbuk kari dan sedikit air, kacau sesekali dan masak sehingga terbit minyak sambal tambah air sedikit-sedikit.
3. Apabila rempah dah cantic dan sebati, masukkan sotong, asam keeping dan garam.
4. Kacau sikit-sikit, tutup api bila sotong masak.


Ayam goreng penambah rasa. 
Bila makan macam ni rasa macam betul-betul ada kat Kedai Nasi Royale JB tau, hahaha.
Ayam ni Sk cuma gaul dengan kunyit dan garam jer, ini suruh Pak Inche goreng, hehehe.

Lepas tu Pak Inche sambung goreng papadom. Lagilah macam nasi kandar.


Mee Goreng yang Pak Inche tapau dari Warung Pak Mus di Gelang Patah. Pagi ni Sk panaskan buat sarapan Iman dan bekal sarapan SK. Pak Inche dah makan separuh malam tadi juga. Memang sedap mee ni patutlah kemahen ramai orang datang warung Pak Mus nak makan mee goreng semata.
Nanti Sk story pasal Warung Pak Mus pulak ya.


Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalo saya kak, sanggup makan mee goreng dengan lauk pauk tu...hahahha! tapi kalo bole panaskan balik pagi2 buat sarapan, ok aje kannn

    ReplyDelete
  2. Mee goreng Fav, sotong Fav.. semua jenis sambal pun fav juga.. Ya Tuhan.. kenapalah blog-blog semua meriah benda makan.. hahahaha.. i is tak tahan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!