DAH 21 PUASA BARU NAK BERBUKA DI SENAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

DAH minggu-minggu akhir puasa ni, Pak Inche banyak dapat jemputan berbuka puasa dari klien dan syarikat korporat. Biasanya, kalau jemputan berbuka puasa macam ni, Sk dah tak ikut, lain dulu-dulu, masa Iman masih kecik, Sk rajin jer pergi tapi sejak Iman dah sekolah menengah, Sk lebih suka berbuka di rumah.

Jadi, memandangkan sejak hari pertama puasa, Sk belum lagi berbuka di Senai, jadi Sk ambil kesempatan berbuka di Senai. Sebelum ni bukan tak nak buka di sana tapi rasa macam malas jer, haha. Kali ni jom la kita. Plannya macam nak beli makanan hari raya kat pasar ramadhan tapi pagi tu, ibu call bagitahu Angah sakit.. darah naik dan muntah-muntah. Sk rasa macam kena keracunan makanan jer tu sebab ibu kata, beberapa hari tu memang Angah cuma beli makanan sebab tak sempat nak memasak. Betul, memang food poison, hurmmm.


Cik Embun kata, nanti dia masak sardin. Bagus jugak sebab Sk pun dah kerinduan nak makan sardin tapi kesian pulak si Iman tak makan sardin. Nak pergi pasar ramadhan pun tetiba rasa malas. Ajaibnya, rajin pulak singgah kedai beli ayam, balik rumah masak lemak cili api, hihi.


Tu tak cukup magik lagi tu.. mana datang mambang, boleh masak Spaghetti Bolognese lagi. Sampai Senai bersaing pulak dengan Cik Embun. 


Cik Embun lagi dahsyat. Kata nak masak Sambal Sardin jer tapi dengan telur dadarnya, ikan kering, sayur sawi masak lemak.. lepas tu beli kuih kemahen banyak, bubur merah bubur putih, bubur lambuk pun ada. Dah penuh meja terus macam buffet ramadhan.

Burppp.. Alhamdulillah







Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap- sedap belaka lauknya.Seronok kan dapat iftar adik beradik.

    ReplyDelete
  2. Perghhh ayam itu nmpk menarik!!
    Alhamdulilah rezeki org senai la dpt makanna tambahan dr sk heheh

    ReplyDelete
  3. Meriah menunyaaaaa. Lepas tu berbuka beramai ramaii lagi bertambah meriahhh.

    ReplyDelete
  4. Meriah betul menu tu ha....seronok berbuka beramai- ramai kan...

    ReplyDelete

  5. AJOQQ menyediakan 9 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!