Assalamualaikum...
MACAM janggal pulak masa nak hidupkan api dapur untuk sediakan sahur pagi tadi. Baru perasan sejak hari khamis, dapur tidak berasap. Dua hari berturut-turut, Sk temankan Pak Inche sahur di kedai mamak. Berbuka juga di luar sehingga semalam. Pagi ini, dapur dah kembali berasap.. hihihi.
Buat lempeng lima keping sahaja untuk cicah dengan Kari Ayam, kelmarin.
Enak sungguh kari pekat melekat dengan lempeng. Asalnya, Pak Inche kata nak cicah roti dengan kari, tapi semalam lupa pulak nak beli roti. Dia pulak tak makan lempeng, nasib baik ada nasi lebih dalam peti sejuk yang Sk dah siap panaskan. Sk pulak memang peminat lempeng. Iman jenis tak kisah, janji jangan suruh dia masak.
Susah orang cerewet ni 😕
Eh,nampak sedap pulak la lempeng tu.Sahur lempeng waktu pagi dengan minuman panas celek mata la sikit kan..
ReplyDeleteHahaaaa.... walaupun cerewet tetap dilayan juga.
ReplyDeletepermainan poker yang gampang menangnya hanya di IONQQ
ReplyDeleteayo segera di coba permainan kami :D
WA: +855 1537 3217
sedap kan.. kalo anak² sy suka cicah roti paratha kawan tu.. dapnyerr
ReplyDeleteatie mcm iman la.. jenis tak kesah tapi jgn suh masak haha
ReplyDeleteTengah puasa ni..tengok lempeng pun sodap kan...
ReplyDelete