Rendang Pedas (Daging) by @zarra.riana
INGREDIENTS:
1. *2 Biji Bawang Besar
2. *3 Batang Serai
3. *3 Ulas Bawang Putih
4. *1 1/2 Inci Kunyit Hidup
5. *1 Inci Halia
6. *1 Inci Lengkuas
7. *Segenggam Kelapa Parut
8. *Air Masak Paras Separuh Dr Bahan
9. 1kg Daging Batang Pinang (Potong Tebal)
10. 1 Senduk Lada Kisar
11. 1 Kotak Santan Ayam Brand 200ml
12. 1/2 Keping Asam Keping
13. 1/2 Ketul Gula Melaka
14. Garam Secukupnya
15. Daun Kunyit
[*Bahan Kisar]
PREPARATION:
1. Kisar semua bahan bertanda * kecuali kelapa parut
2. Kemudian kisar kasar kelapa parut
3. Panaskan kuali dan lebur semua bahan kisar
4. Masukkan lada kisar
5. Kacau rata dan masukkan air dr bekas blender
6. Kemudian masukkan daging
7. Biar hingga mendidih
8. Masukkan 1 kotak santan ayam brand 200ml
9. Kacau rata
10. Masukkan asam keping
11. Masukkan gula melaka
12. Perasakan dgn garam secukupnya
13. Sentiasa kacau dan masak dgn api sederhana
14. Masak hingga kuah kering
15. Sentiasa kacau untuk elak hangit di bahagian bawah
16. Masukkan hirisan daun kunyit
17. Masak hingga kuah kering & tekstur seperti serunding
18. Utk dapatkan tekstur kering masa masak lebih kurang selama 1 jam lebih
19. Siap utk dihidang, tabur hirisan daun kunyit lagi di atasnya
20. Sedap dimakan dgn ketupat, lemang, nasi putih, jemput-jemput atau roti canai.
Selamat mencuba
Wah! Berbuku-buku daging rendang tu...amik seketul pun dah cukup!
ReplyDeletebrand ni mmg tak pernah hilang dek zaman :)
ReplyDeleteAanak dara SA tu suka la rendang macam ni...daging semata..lagi kering lagi dia suka..
ReplyDelete