ROTI CANAI VS NASI LEMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

PAGI tadi puas berlegar di dapur memikirkan makanan yang perlu disediakan untuk sarapan. Ada roti dah expired 3 hari lepas. Nak buat telur separuh masak, telur tinggal sebiji. Nak buat American Breakfast macam baru jer makan hari tu. Teringin nak makan roti canai tapi malas nak keluar. Fikir punya fikir, masak nasi lemak aje laaa.

Siap menenggek inner pot dalam rice cooker, terdengar suara Pak Inche yang menuju ke dapur. Nak keluar beli roti canai kat Warung Buruk, katanya. Aisehhh.. kita baru on suis periuk nasi lemak. Tapi, sebab Sk pun kan tadi teringin nak makan roti canai, Sk suruh jer Pak Inche pergi. Nasi lemak boleh makan tengahari 😂


Enam keping roti canai beli kat Warung Buruk. Nama jer buruk tapi warungnya elok saja. Tapi, beratur panjang.... Walaupun begitu, hasilnya berbaloi-baloi bila dapat menikmati roti canai yang gebus gebas dicicah kuah kari. Pak Inche makan dua, Iman makan dua tapi kepingan yang kedua tu tak habis dua cebis. Sk makan sekeping aje, sebab...


Tak tahan nak makan nasi lemak 😜
Nasi lemak cukup aksesorinya.. lepas makan nampak dalam whatsapp grup kerja minta beberapa dokumen. Masuk ke bilik sambil buka dokumen atas katil. Lepas tu scroll handphone atas bawah sambil baring-baring sedar-sedar... 

🥱🥱🥱

Iman kata, dua kali jenguk dalam bilik bonda 😴😴😴

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Betul2 sarapan Malaysia ni..Kalau dapat gu dengan teh lambong....Uiii..Sedapnya

    ReplyDelete
  2. Dua-dua ini makan kegemaran saya di waktu pagi (sarapan), pastinya rakyat Malaysia juga begitu.. Sedap.

    ReplyDelete
  3. Nasi lemak memang ada hantunya....selagi tak dihampiri selagi itulah dia asyik memanggil-manggil hihihiii.

    ReplyDelete
  4. Pagi ni pun SA sarapan nasi lemak sambal sotong kembang...lepas makan terus ngantuk balik..4 orang ni duk lepak je depan tv...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!