Assalamualaikum...
DI SUATU petang yang damai, kami dua beradik beranak singgah ke Zus Coffee. Warna tema Zus Coffee ni macam balai polis, hehehehe.
Walaupun begitu, ID nya agak mewah dan bercitarasa tinggi. Ini pertama kali Sk ke Zus Coffee.
Kami buat pesanan dine in tapi tataw kenapa dia bagi take away. Tapi, kalau dine in pun dorang bagi cawan yang sama jugak dengan take away.
Sejak dah remaja purba ni, kita serahkan semua pada anak untuk buat pesanan. Buat pesanan aje la.., bayarnya emak. Lamberrrrrttt lagi nampaknya nak tunggu anak bayarkan, hihi. Maklumlah, anak kita masih belajar dan dalam tanggungan mak bapak.
Semua pesanan disusun kemas dalam beg kertas. Minuman tu mereka tawarkan untuk letak dalam tray kertas tu tapi Iman kata, boleh jer dalam beg kertas ni. Disebabkan dah siap bungkus cam ni, Iman kata, makan kat rumah ajelah. Boleh lepak-lepak tak yah pakai tudung 😁
Rakan Visit Johor kata, perisa Spanish Latte ni sedap.. disokong oleh rakan komunikasi dan korporat dan Pulai Springs. Jadi, kita cuba la. Macam selalu, Sk suka minuman panas.
Ada Classic Mac & Cheese dan Korean Mac & Cheese. Sk pilih klasik. Hah, meja tu memang tak beralas, rumah kita memang tak boleh ada alas meja nanti sekejap jer dah ada kat lantai 😔
Iman nak Red Velvet Cake. Sedap la.. tak keras, moist jer.
Tik tokers kata, Butterscotch Strawberry ni sedap, jadi Iman nak cuba. Iman ni sebenarnya tak boleh minum sebarang susu, tapi degil. Lepas tu siaplah sakit perut.
Sebab tak ada kopi untuk Pak Inche, sebab malas nak order lain, jadi lepas minum terus kemas semua, buang, jangan kasi dia nampak, hahahaha.
Ayat last tu buat i gelak SK...hapuskan semua bahan bukti kisahnya...
ReplyDeletesaya belum try lagi ni..geram aje tengok kengkawan semua dah pergi..haha
ReplyDeletekahkahkah... yang last tu saya tergelak. sama la saya.. . Kat pekan nanas ni ada buka Zus Coffee gak..tapi belum sempat zass ke sana
ReplyDeleteYe la... warna dia macam balai polis! hehehehe
ReplyDeletehapuskan bukti ye...hihi.. selalu buat begitu juga bila mkn tanpa anak2..
ReplyDeleteKesian Pak Inche haha...
ReplyDeleteBagus3...👍
ReplyDeleteSaya pun kalau anak2 membeli untuk diri sendiri sahaja,taknak share dgn orang lain,memang pesan suruh makan jangan tinggalkan jejak🤭
Kadang senjata makan tuan.Depa makan tak tinggal jejak kat mak depa🤣🤣🤣
Abah saya dulu pun macam tu, bila dah besar sikit, semua anak-anak yang buat. Order dan bagai-bagai lagi lah. Hihi
ReplyDelete