HAMPER DAN HADIAH AKHIR TAHUN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

MALAM tadi, lepas makan malam di Restoran Senoko, Pak Inche ajak mengopi di Starbucks mengeteh di kedai mamak, sebelah Starbucks Eco Botanic. Happening sungguh suasana di persekitaran sana sekarang, tu la teringin nak rasa ngeteh sana. Iman kata, dia dah mengantuk, esok nak kerja. Terus Sk fikir, hah?? Esok kerjaaa?? Esok hari apa?! Alamak, esok Rabu... kerjaaaaa 😭😭😭 Terus cakap Pak Inche, tak yah la ngeteh.. tunggu cuti baru la ngeteh. 

Sekarang ni, hari-hari rasa lambat giler masa bergerak walaupun dah banyak buat kerja. Sk kan dah tak keluar sarapan sekarang. Pukul 8 tu memang dah mula la ketak ketuk ketak ketuk depan komputer. Pukul 11.30 macam tu, Sk akan keluar ke kafe beli makan tengahari yang ambil masa lebih kurang 15 minit. Beli jer makanannya awal sebab tak nak bertembung dengan pelajar yang akan turun pukul 12.30. Biasanya Sk akan makan dalam 12 lebih hingga 12.30, lepas makan terus sambung balik kerja, berhenti untuk zuhur dan sambung lagi kerja. Gedebak gedebuk gedebak gedebuk, tengok jam, belum pukul 3 😭


Nak cerita pasal hamper ni. Tuari pergi mall nampak bersusun-susun hamper ni depan kiosk Famous Amos. Terbayang, bestnya kalau ada orang hadiahkan hamper ni. Sekali, Pak Inche bawa balik, client bagi, katanya. Sekali hadap, sebungkus habis. Hamper ni kan, kotak aje yang besar 🤣. Yang kelakar, coklat dia semua dah jadi leper tak ada bentuk. Lama sangatlah agaknya berpanas tu 😆.


Pak Inche gak ni, dapat hadiah pergi Media Night. Dulu, selalu bawa Hadiah TV, kali ni dia bawa bas pulak 😂. Dalam tu ada biskut Marks & Spencer, hurmmm.. kenyang makan biskut aje la. Ada sikit Sk bagi pada Kak Narimah, pulang bekas dia bagi biskut kelapa. Bezanya, biskut kelapa Kak Narimah, buat sendiri, hihi.


Ada lagi.. dapat mandian dan body butter keluaran The Body Shop. Dapat bau strawberry, memang untuk pompuan la kan. Tak pe, Pak Inche boleh beli lain, hihihi.
Dah hujung tahun ni, memang murah rezeki la, dapat vitamin la, kipas kecik la, diari la, kalendar la, yang paling banyak, mug dengan botol air, hahahaha.

Syukur selalu.






Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah. Isteri teringin, eh suami bawa balik. Begitulah rezeki.

    ReplyDelete
  2. Dulu company SA kerja ni selalu bagi hadiah untuk akhir tahun..ni dah bertahun- tahun xde..

    ReplyDelete
  3. best hujung tahun dapat hadiah.. hehehe!

    ReplyDelete
  4. untungla dpt hadiah best2 gituuu., ;p

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!