SOTONG GORENG KUNYIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

SEMENJAK dua ni, dah tak berapa rajin nak makan di luar setiap hari Jumaat. Sendiri akan tawarkan diri untuk memasak walaupun dah penat baring buat kerja rumah. Alang-alang dah duduk rumah, kita sediakan malam malam sekali walaupun boleh jer nak suruh Pak Inche tapau makanan di pasar malam Uda.


Disebabkan dah ada lauk Kari Ikan Merah dan Sambal Kupang pemberian ibu semalam, Sk tambahkan Sotong Goreng Kunyit. Kalau ikutkan tekak Sk ni, cukup dah dua lauk tu tapi sebab kenangkan tak ada ikan goreng, jadi kita tambahkan lauk sotong. Lagipun sotong ni dah lama nau nau dalam peti ais, lebih baik dimasak cepat. 

Sk cuma tumiskan halia dan bawang putih, masukkan sotong, serbuk kunyit dan garam. Kemudian campak bawang besar dipotong bulat dan cili padi. Kalau ada daun kari, boleh campak masa menumis bawang putih dan halia tu, tapi dah nak maghrib, malas pulak nak keluar. Pokok pun dah nak tidur, kesian pulak nak dikejut 😅


Kari Ikan ibu, Sk dah pesan, sekeping jer cukup ikannya. Diam-diam, ditambah lagi sekeping. Sk buat-buat tak nampak aje masa ibu tambah tu. 
Pak Inche siap suruh belajar buat kari ikan macam ibu. Aduhai, tak cukup sedap lagi kari akuuuuu 😂 Penangan kari ibu, hampir bocor periuk nasi, pakkal mengenangkan malas nak masak nasi lain untuk bekal Iman esok.


Tak masam sangat pulak dah Sambal Kupang ibu ni. Semalam masam betul gara-gara ibu letak tiga keping asam gelugor. Tak ada sambal belacan pun tak apa sebab dah ada sambal tumis ni. Kalau kat Kuala Ketil pun, selalunya kari dan sambal selalu berganding 😍.


Hurmmm.. macam ada yang kurang.. apa ek???

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔

🤔


Remaja purbakala, nak kena ada ikan kering atau ikan masin. Ikan kepala dua gelama kering ni beli di Tanjung Dawai masa bos Iman kirim belacan tu, hahaha. Selalu ikan kering Sk simpan dalam peti sejuk tapi nanti jadi keras kematu dan tak sedap bila nak makan. Jadi sekarang, simpan dalam tupperware jer dalam suhu bilik. Nak makan, cuci dan goreng, baru sedap dan berselera sikit.

Syukur selalu ❤️




Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tanjung dawai memang syurga ikan kering!

    ReplyDelete
  2. Uih...Kari SK tak cukup sedap lagi ka?
    Nampak kari SK pecah minyak berlinang dah..Saja PI nak nak jadi menantu yang baik.Pandai ambil hati mak mentua

    ReplyDelete
  3. masakan sotong goreng kunyit mudah mudah je. Sedap tu kalau ditambah daun kari. Bau kari naik.
    Mungkin air tangan mak lain sikit rasanya. Kena berguru tu nampaknya kak. Hihi

    ReplyDelete
  4. ikan kering sekarang memang ada masalah,, isi dalam peti keras, isi kat luar je rosak.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!