Assalamualaikum...
PAK Inche ambil cuti mula dari hari ini sampai habis tahun 2021. Punyaaaaaalah lama, kan. Kena habiskan katanya, ni cuti yang dah dibawa bertahun-tahun kalau tak diambil, habis macam tu aje katanya. Tapi tau dah, cuti-cuti pun dia mesti masuk pejabat jugak. Macam hari ni, nama jer cuti tapi tetap jugak mengadap laptop. Tu nanti pukul 11.30 ada mesyuarat dalam talian pulak.
Pagi ni melayan tekak Pak Inche nak sarapan di Ashoka Curry House atau nama dalam pendaftaran My Sejahtera, Ashoka Banana Leaf Restaurant. Eh, teringat pulak, Sk ni duduk mengadap laluan masuk. Tadi, selamba aje sepasang suami isteri muda, kemahen cantik lawa dan kacak, dengan anak kecik, tak pakai pelitup muka, masuk selamba tak imbas My Sejahtera. Hurmmm.. ada lagi manusia perangai tak patuh SOP dalam norma baharu ni ya. Yang Ashoka ni pun satu hal juga tak letak staf jaga pelanggan masuk, geram pulak menengoknya, pakkal aje laaaa 😡
Sarapan berdua aje, Iman dah ke pejabat. Kalau di Ashoka ni, Pak Inche akan pesan Roti Puri dan Apom. Roti Puri satu set ada dua ketul (??) dan lauk kentang masala. Sebelum tu, Pak Inche makan Apom (gambar atas sekali). Sk suka makan di Ashoka ni sebab dia dah siapkan empat jenis kuah dalam mangkuk kembar empat tu, ceduklah berkali-kali pun tak apa. Kuahnya kari ikan, dhal, chutney kelapa dan sambal kacang. Tak pernah pulak jumpa sambal kacang kat sini, kali ini ada dan sedap pula.
Tosei Masala pilihan Sk. Masih ingat kawan Sk, Suhaila Abdul Rahman (siap sebut nama penuh) yang ajar makan Tosei Masala ni. Dulu tau makan tosei kosong cicah chutney kelapa tu jer. Lepas tu, Suhaila cerita makan tosei masala sedap di Restoran Osman, BBU. Beraraklah kami ramai-ramai ke sana nak cuba makan tosei masala. Lama dah peristiwanya. Restoran tu pun dah tukar nama dan Suhaila pun dah jadi cikgu sekolah, lama dah tak jumpa Suhaila, semoga dia sihat-sihat sahaja.. insyaAllah.
Burppp.. Alhamdulillah 🌹
adakah mereka pasangan suami isteri itu antivaksin?antivaxx je perangai macam tu kat KL ni..selfish...eeee...dia tayang makan sedap la pagi ni...x aci..kita breakfast sorang2
ReplyDeletesesekali teringin merasa masakan India mcm ni. di kelate ni x byk kedai makanan india yg asli cam ni..
ReplyDeleteAmboi..semenjak dua menjak ni asyik berdating jerk merpati purba ni😍
ReplyDeleteSaya baca apom..dalam kepala terbayang apom putih tu..dah baca baru perasan yang tu namanya Idli...
Wahh nampak sedap. Tapi tak makan tosai. Selalu kalau ke mamak memang pilih roti telur atau roti canai special lawan teh ais. Aduh sedapnya.
ReplyDelete