NASI KERABU DAGING BAKAR PASAR MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

HAMPIR dua tahun berehat bekerja dari rumah. Bila dah mula ke pejabat balik, rutin kembali seperti dulu. Setiap petang meredah sesaknya jalan Skudai hingga ke Pulai, sampai rumah badan pun dah lemau. Lepas mandi rasa nak terbongkang 😜

Semalam, bila tanya nak masak apa untuk makan malam, Pak Inche ajak makan di luar. Sk ni memang malas la nak bersiap untuk keluar tu. Semalam, borak dengan Kawan Lama tu, dia cerita, mereka anak beranak kalau nak makan di luar, memang pakai jer baju kerja terus. Balik tu baru mandi. Tapi, tidak Pak Inche tu ya, selagi tak mandi, selagi tu dia tak mahu makan kecuali terpaksa 😅

Jadi, disebabkan malas nak bersiap untuk keluar, ialah, kita ompompuan ni bukan macam onglaki, sarung abol jer, kita ompompuan macam-macam nak sarung tau. Jadi, Sk suruh jer PI tapau makanan pasar malam.. semalam Selasa, ada pasar malam di Taman Tampoi Utama.


Tak payah ditanya, Iman tapau jer Nasi Kerabu Daging Bakar, dua. Di mana-mana pun pasar malam, mesti ada gerai masakan Kelantan, kan. Pak Inche pulak bungkus nasi campur lauk ayam percik dengan kari daging. Bahagia giler Mak Inche kalau hari-hari tapau makanan macam ni.. hahahaha.

Tapi, tak jugakkk.. dah tak masak tu, mendobilah kita.. ingat, ada masa nak pening kepala goyang kaki ke??

😂

*Abol - asal boleh 😜



Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. memang sesuailah
    Hari rabu cari nasi ke rabu
    * asbol

    ReplyDelete
  2. Abol- asal boleh...macma best jer ayat ni...hahahaha....ye la SK...balik kalau dah penat mmg x nak buat pape, macam SA..dah 2 malam balik je mesti kena masak sebab takde lauk dinner...nak buat cane..x masak xde la benda nak makan kan?

    ReplyDelete
  3. Alamak! Aroma daging bakar tu sampai sini!

    ReplyDelete
  4. Sedap nasi kerabu..
    Memula ammi ingat abol tu seluar ke kain ke.. Yelah ayat SK mcm ckp org laki sarung abol.. Hahahha

    ReplyDelete
  5. Tudia....tengaj lapar ni nampak rice to wednesday....biru dia memang nampak biru bunga telang tu.Daging bakar pula..aduh,ngences

    ReplyDelete
  6. haa... suami saya pun. Kalau boleh waktu makan tu dia nak selesa. dia siap mandi. dah sarung pelekat dengan pagoda,, barulah laju sikit isik tangki

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!