KARI TELUR DAN SAMBAL SOTONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

SEJAK menukar template blog bulan lepas, PV Alam Sari Tanah Jauhar jatuh meredum. Bukan jatuh sikit, tapi lebih 50 peratus. Namun begitu, PV bagi entri-entri baru pula, naik mencanak-canak. Justeru, Sk berharap, PV keseluruhan blog akan kembali banyak jugaklah di bulan-bulan akan datang. Kena rajin update entri baru, kena makan-makan selalu la kan 😆


Semalam, Jumaat.. me time bagi Sk. Tak buat apa pun di rumah semalam, masak untuk makan tengahari pun tak 😜. 
Tak lapar ke, Sk?
Haaa.. kan pagi tu dah sarapan nasi dengan Ayam Masak Cabai. Jadi, tak makan nasi la tengahari tu. Petangnya, Sk goreng Epok-epok Daging. Makan malam, Pak Inche ajak makan luar, tapi Sk rajin nak masak dari keluar makan. Pak Inche kata, masaklah Kari Telur, lama tak makan.

Kari Telur

4 biji telur rebus
Sedikit kulit kayu manis
1 bunga lawang
4 bunga cengkih
2 buah pelaga
3 ulas bawang merah dimayang
Sedikit minyak masak
2 sudu serbuk kari daging
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara :

1. Panaskan minyak masak. Goreng telur rebus sebentar, angkat telur dan ketepikan.

2. Guna minyak yang sama, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang sehingga bawang layu.

3. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau. Tambah air sedikit lagi supaya tidak hangus.

4. Terus tumis sambil tambah air sedikit-sedikit sehingga terbit minyak.

5. Apabila tumisan dah cantik, tambah air secukupnya, masukkan telur.

6. Masukkan garam dan ajinomoto jika suka. Renihkan sebentar dan boleh tutup api.


Ingatkan nak masak Sotong Goreng Kunyit, tapi Pak Inche request Sambal Sotong. Hurmm.. mementang la kita dah stok Pes Cili Kering Siap Bawang manjanglah lauk sambal lepas ni. Kalau dah siap cili kisar tu, memang pejamlah mata nak masak sambal ke, asam pedas ke, go head aje, siappp!!


Kalau dah ada kari, kena ada papadom. Barulah macam makan Nasi Kandar! Ada lauk ni, berbekal la Si Iman ke pejabat. Pagi-pagi Sk dah siap panaskan nasi, panaskan Sambal Sotong dan Kari Telur sebab hari sabtu, medan selera tak buka katanya. 

Burppp.. Alhamdulillah ❤️








Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uiiii...sajer jer kan...lapar tgok ha....

    ReplyDelete
  2. Hahahaa.. betull tu SK kena makan-makan selalu supaya PV naik lebih mencanak. Kita dah tak larat nak update selalu sebab tak boleh bernafas ditimbuni arahan kerja yang entah hape-hape!

    ReplyDelete
  3. tengok gambar kari telur je pon dh sedap tu mak 😅

    ReplyDelete
  4. Rajin sunggu SK memalam mengari menyambal sekali ..Daging masak kicap mana?🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!