MAKAN DI IKAN BAKAR MUARA ANJUNG BATU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

DAH beberapa kali ke Melaka nak makan Nasi Lemak dan Ikan Bakar di Kedai Ikan Bakar Muara Anjung Batu ni, namun asyik kecewa kerana kedainya tutup. Nasib baiklah di Melaka ni, ada banyak medan ikan bakar. Cuma kami memang suka ke Anjung Batu atau di kalangan pelanggan tetap, dikenali sebagai Ikan Bakar Cikgu yang boleh dikatakan antara yang mempelopori restoran yang menghidangkan nasi lemak dan ikan bakar di Melaka. Seingat Sk, kali pertama Sk ke sini semasa awal usia 20-an, dibawa oleh Along yang tinggal di Melaka.

Ingatkan akan dikecewakan lagi sekali la bila panggilan telefon ke nombor telefon yang tercatat dalam mukabuku tidak dijawab. Kemudian, Sk terima satu pesanan ringkas, "Salam... kedai buka," aikkk.. macam tau-tau je tujuan kita telefon tu 🤔 Teruslah bersemangat Pak Inche, akhirnya dapat jugak makan Ikan Bakar Cikgu. 


Nasi Lemak dan Kicap dengan potongan bawang dan cili padi serta perahan jus limau kasturi. Nasi putih pun ada bagi yang tak mahu makan nasi lemak. 


Kami ambil dua ekor sotong, seekor minta dimasakkan Sotong Goreng Tepung. Sotongnya besar dan panjang, bila dah disalut tepung, jadik penuh sepinggan. 


Seekor lagi, minta dibakar kosong. Yang ni pulak nampak secoet pulak dalam pinggan, padahal sama besar sotongnya. Sk kurang gemar sotong bakar, sebab tu mesti pesan sepinggan yang digoreng tepung. 


Udang ambil seorang dua ekor, cukup 😆. Pun minta dibakar kosong sahaja. Boleh jugaklah kalau nak minta cara masakan lain.


Kerang gemuk kemahen. Ni pun minta bakar kosong jugak.


Kami pilih Ikan Jenahak, juga dibakar kosong. Dulu, di sini mereka bakar guna arang, sekarang dah guna gas, mungkin penat dah nak mengipas, hehe.


Nasi Lemak bungkus kertas lilin, sambalnya di bawah, bukan di atas macam yang biasa kita beli. Sedap nasi lemak dan sambalnya.


Minuman mintak terus satu jug air tebu. Dia beri satu jug kecil jus tebu piorrrrr dan satu jug besar ais, tuanglah sendiri jus tebu dalam jug besar yang ada ais tu. Memang tak ada mengelat langsung la.. puas minum. Sk pulak nak minum Teh O panas, teh pun minum, air tebu pun togok jugak, lepas tu rasa nak demam cari toilet, hahahaha. 

Jumlah perlu dibayar RM167, berbaloi-baloi 👍👍👍

Syukur.. Alhamdulillah 🌹






Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah...hari- hari makan sedap ni....hahaha....bila nak ajak kiter pi medan ikan bakar plak...

    ReplyDelete
  2. tergugat iman tengok sotong celup tepung tu..da lama kot tak makan..huhu

    ReplyDelete
  3. Hehe banyak pilih masakan kosong.

    ReplyDelete
  4. Sesekali makan seafood bakar kosong pun sedap. Lain dari yang lain sambal nasi lemak kat bawah. Habis semua minum, bercelaru air dalam perut. hehe...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!