KARI IKAN MERAH DAN SAMBAL KUPANG IBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

JUMAAT yang ditunggu-tunggu tiba jua. Tiap petang khamis rasa nak jerit puas-puas kerana berakhir sudah minggu kerja yang penuh dengan tekanan perasaan. Syukur masih dapat ditangani dan tidak melampau sampai menaikkan tekanan darah 😅

Ceria suara ibu masa menelefon Sk semalam. Dah dua minggu Sk tak ke Senai, tapi, taklah tak jumpa ibu langsung, cuma tak pergi ke rumah Senai. Jadi, semalam memang rancangannya nak ke Senai, ibu pulak telefon bertanya, datang tak? Dah siap masak lauk katanya, kalau datang, ibu masak nasi awal sikit. Ah, memang kita nak datang pun 😍


Patutlah ceria sungguh suara ibu, Kari Ikan Merahnya sedap sangat semalam. Kan Sk pernah cerita, ibu kata, dia dah macam lupa-lupa cara (resepi) nak masak. Kadang masak kari, jadi pekat dan kurang berminyak. Tapi semalam minyaknya terbit cantik betul, cuma dalam kari, ikan semata, sebab tak ada stok bendi. Ah, ni pun dah cukup dah ni. Dah tua-tua macam ni, Allah swt bagi nikmat merasa lagi masakan ibu yang dah berusia 80 tahun. Ibu pulak, memang jangan dilarang-larang, nanti merajuk. Lagipun, nak demam katanya kalau tak buat apa-apa kerja.


Selain Kari Ikan Merah, Sambal Kupang pun ado. Kupang beli dah siap kopek, RM10 sekilo. Haaa.. apa yang tak mahal sekarang, semua mahal. Apa yang tak naik sekarang? Semua naik, airmata saja yang turun mengenangkan serba serbi memerlukan duit sekarang. Ibu kata, dia tak letak air asam jawa masak Sambal Kupang ni, tapi letak asam keping. Mula ambil satu, kecut dah asamnya, jadi letak tiga. Apa lagi, masam laaaa.. hahahaha. Hurmmm.. kenapa telan ailio pulak ni 😆


Makan sampai bertambah-tambah nasi. Nak kata lapar, tengahari dah makan nasi lauk Ayam Masak Lemak Cili Api dan Sayur Kacang Panjang dari kafe Kak Sab. Mungkin sebab dah lama tak makan masakan ibu 😍 dan memang karinya sedap sangat nak-nak ikan merah, kan ❤️


Ibu suruh ambil daun limau purut, banyak sangat dan tinggi dah pokoknya. Tu tak pa, ibu suruh tanam. Hah?? Tanam boleh, tapi nak jaga ty, yassalammmm.


Tersesat sebiji buah limau purut. Boleh buat apa ek dengan buah limau purut? Perah dalam sambal belacan, boleh? Hehehe. Tapi yang ni kira masih putik lagi. Penuh la tangan balik semalam. Dengan kari ikan dan sambal kupangnya, ibu tapaukan untuk cucu dan menantu. Paksa bawa nasi jugak, tapi Sk tak nak, sebab semalam Pak Inche ada Media Night dengan Johor Port dan Iman dah plan nak makan di Black Canyon (tak pergi pun). Berbuah jugak tangannya dengan Pisang Tanduk yang dah masak dan Kerepek Pisang Tanduk. Hurmmm.. manalah tak bam bam anak dia ni 😆😆😆




Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ya allah..sedapnya sambal Kupang.....SA idamkan sanagt tu..bila la nak pi Muar umah adik SA ni..area sana banyak jual kupang fresh

    ReplyDelete
  2. Terubat rindu ibu dan terubat makan lauk masakan ibu.
    Alhamdulillah ibu Puan SK masih larat masak.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya menu. Ni pun baru makan kupang kukus

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak makan kupang fresh..
    Kami panggil Siput Sudu🤭

    ReplyDelete
  5. Ceria nak sambut anak datang. Masak sedap sedap pulak tu. Lama tak makan sambal kupang. Biasalah tu kak, susah nak melarang ni. Memang tak reti nak duduk saja. Ada je keja nak dibuatnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!