SPAGHETTI BOLOGNESE RICHIAMO COFFEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

MASA Cik Ani tiga beranak dijangkiti Covid 19, dulu, Sk telah melalui kuarantin kendiri selama seminggu. Masa tu, staf diwajibkan hadir ke pejabat dua kali seminggu. Kemudian, Angah pula positif, sekali lagi Sk menjalani kuarantin kendiri. Masa tu pulak, Sk dah buat temujanji dengan beberapa pelajar untuk mengambil sijil kemahiran masing-masing yang baru sampai ke kolej. Selalunya, selepas temujanji ditetapkan, Sk akan membuat salinan sijil lebih awal dan mengepilkan bersama sijil asal yang dimasukkan ke dalam sampul bagi memudahkan cara.

Bila dah kena kuarantin, memang tak sempat nak buat apapun. Nak batalkan temujanji, tak sampai hati pulak. Jadinya, minta tolong dengan Naza yang tentu sibuk jugak dengan kerjanya. Yang membuat temujanji bukan seorang dua pulak tu. Janji dengan Naza, nanti kita belanja makan lepas negara diisytiharkan endemik. Masa tu kan masih pkp lagi dan belum dibenarkan makan di kedai.

Hurmm.. sampai ke sudah, belum lagi endemik. Tapi, niat nak belanja tu tetap diteruskan. Memikirkan kerja melambak, memang tak tercapai hajat. Fikir kerja, sampai bila nak belanja, kan. Jadi, paksa diri la tinggalkan kerja, ajak Naza ke Richiamo Cafe.. hahaha...macam tak ada tempat lain ek.


Naza ni alergik sikit dengan kopi, tak boleh sebarang minum. Nanti siaplah jari jemari dia menggigil macam orang kelaparan. Mujur ada coklat. Sk pesan juga seketul Salted Egg Yolk Croissant khas untuk Naza yang baik.

Sama-sama pulak nak makan Spaghetti Bolognese. Ini pertama kali Sk makan SB di RC dan Naza pulak memang pertama kali la datang ke sini. Mungkin nak sesuaikan dengan tekak melayu kot, sos bolognese di RC ni agak pedas. Pedasnya tu sampai Naza tak sanggup nak habiskan. Nasib baik spaghettinya habis. Sk macam biasa la, 'eat clean' 😆

Tu tak pa.. Daun Parsley cincang tu dicurah kemahen banyak setempat tu. Dah ada rasa hapak-hapak daun tu, ialah, bukan daun segar tapi daun kering dalam botol. Tapi, bagi Sk taklah sampai tak boleh makan. Sk tak pandai la nak jadi cerewet komplen itu ini dalam kedai. Paling-paling pun mengata kat sini aje, kahhhh.

Salted Caramello Latte

Cicipan pertama rasa tawar.. fikir agaknya kena tambah gula la kalau nak manis. Teringat kalau minum di RC Pulai Indah, dah siap manisnya, tak perlu tambah gula. Rupanya, kena kacau la, dah nak habis tu baru laaa rasa caramel. Oh, tataw pulak lain outlet lain caranya. Yang best, kat sini, semua pesanan dihantar ke meja, tak perlu ambil di kaunter. Cuma kat sini, kena masuk dalam bangunan stesyen bas dan bayar parking, hehehehe. 

Alhamdulillah, janji dicapati tepati ❤️




Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lain tempat,lain caranya ye. tapi saya belum pernah ke richiamo coffee ni. suami saya anti spghetti. dia layan mi goreng mamak je,...hahaha

    ReplyDelete
  2. Wahhh! Shedappnyaaaa lahaii!
    Nak try laa..sy suka pedass pedasss!

    ReplyDelete
  3. Saya baru nampak kafe Richiamo di jalan ke Sg Udang. Agaknya banyak cawangan. Nanti boleh cuba. Hehe sudah tahu rasa spaghetti bolognese bagaimana.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap mewah daging dalam sos bolognese tu.
    Saya pun baru w hari lepas masak kuah bolognese ikut resipi SK..guna daging kisar Ramly tu..Suka la budak 2 orang tu

    ReplyDelete
  5. Ada juga yg alegik coffee .nampak sedap spaghetti tu

    ReplyDelete
  6. wow...besar portion dia...nampak sedap....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!