MAKAN KENDURI BLOGGER KAK ZILA FOREVER

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


Selamat Tahun Baru Hijrah 1446. Semoga tahun ini membawa lembaran baharu yang lebih baik buat kita semua.


ALHAMDULILLAH.. semalam dapat menghadiri jemputan Walimatulurus Blogger Masak Kreatif, Kak Zila Forever di De Chinta Hall, U Mall, Skudai. Dah kenal berbelas tahun dalam dunia maya, tinggal pun setaman tapi ini kali pertama kami dapat berjumpa. Kak Zila sungguh-sungguh pesan jangan tak datang majlis anaknya Iqbal. Iqbal bertemu jodoh dengan orang Kulim, Qistina, kira sekampunglah dengan Pak Inche 😁. 


Blogger Mama Hawa yang datang dari Singapura tapi sebelum tu mama makan kenduri di Pagoh. Ni pun pertama kali juga la jumpa Mama Hawa.



Macam selalu la pinggan Sk meriah dengan macam-macam. Sedap menu pilihan mak pengantin.


Lepas kenduri, PI ajak beli sayur sawi katanya di TH Value Mart yang terletak di aras dua. Nampak member sedang tahan nafas tu.


Nak beli sayur sawi tapi terbeli tembikai, sabun cuci pakaian, sabun badan dan pencuci muka. Ada lagi, beli laici dalam tin dan kordial sunquick.  Tu nasib baik guna bakul ya, kalau guna troli, dari nak belanja RM5 tentu jadi RM500, hahaha.



Dalam kereta belek-belek goodies pengantin. Ada pewangi dan losyen.


Kicap Lemak Manis Jalen. Yang kat rumah tu berkotak-kotak juga. Sk selalu pindahkan dalam botol kicap cap kipas udang bagi memperdayakan seseorang yang cuma makan kicap kipas udang, hahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak menyelerakan menu kenduri tu.

    ReplyDelete
  2. Wah, blogger Zila dah dapat menantu ye.
    Nakal juga SK ni... mesti perdayakan Pak Inche! Tapi kan kalau dah biasa dengan Kicap Cap Kipas Udang, mesti Pak Inche perasan.

    ReplyDelete
  3. kita tumpang lalu tengok dia makan lauk kenduri hehe

    ReplyDelete
  4. Ayat last tu macam sama kita je Kak hahahaha.. anak bujang tu kalau takde Kicap Kipas Udang tu, sanggup pi beli kedai Kak..

    ReplyDelete
  5. Di sinipun ada kecap yg memang disukai banyak orang. Tapi saya pernah coba beberapa kecap , dan bagi saya lah, sama saja semua rasanya 🤣🤭. Jadi kdg heran juga dengan orang yg bisa setia dengan 1 kecap, tapi toh saat kecap lainnya ditukar ke botol kecap fav dia, tak bisa juga membedakan 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!