Assalamualaikum WBT
HARI ini sibuk sikit bercampur penat. Pagi tadi ada Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena menyambut bulan Ramadan minggu hadapan. Kemudian ada sesi bergambar. Lepas tu sesi makan. Kemudian sesi menapau. Lepas tu, Sk ke BBU hantar ubat malam PI yang tertinggal dalam handbag Sk. Malam ni perlawanan bolasepak Pasukan JDT vs Melaka. Terlanjur tu singgah Pet Outlet beli cat litter barulah pergi hantar ubat. Dah hantar ubat, PI pulak ajak pergi farmasi ambil stok ubat bulan depan. Kemudian hantar semula PI ke pejabat, baru balik office. Penatnya rasa. Korang yang baca pun mesti penat jugak, kan.. hahahaha.

Okeylah, kita sambung kisah JJCM ke Melaka sabtu lepas. Petang tu, kami ke dua tempat mencari baju raya seperti yang dijanjikan. Mula-mula kami ke Gene Martino cawangan Lotus Melaka, kemudian ke Butik Jasmina di Limbongan. Sebelum ke Jasmina, basahkan tekak dengan Jus Durian Belanda yang terletak bersebelahan Kuih Keria Antarabangsa Limbongan. Suka betul ek PI dapat minum Jus Durian Belanda yang didamkan, hahaha.
Rasa kembang hati dapat beli baju raya pertama dan raya kedua. Eh, padahal masa kat Johor tuari dah beli baju raya kedua dan ketiga, kannn. Tapi tu, dah terpakai pergi pengantin, hihi. Kenapa beli sekarang, sebab tak sanggup nak bersesak beli masa bulan puasa ditambah dalam lapar dan dahaga. Jadi, kita belilah siap-siap sebelum puasa. Lepas tu, PI ajak makan Mee Sup Tengkera.
Pekerja yang ambil order beritahu, cuma ada bihun dan mi kuning sahaja, kueyteow habis. Cuma Sk dan PI jer yang makan, Iman tak nak. Dia tak gemor, hahahaha. Satu lagi dia simpan perut nak makan ikan bakar. Tu la tu malamnya kami pergi makan di Medan Ikan Bakar Rosedi.
Sebelum balik Johor, tak boleh tidak, Iman nak jugak makan Asam Pedas Hajjah Mona. Jadi, pagi tu dia makan sarapan sikit aje, simpan perut nak makan asam pedas pulak. Asam Pedas Hajjah Mona sekarang waktu perniagaan mula pukul 12 tengahari.
Set asam pedas datang bersama nasi putih, telur masin separuh, sayur kubis goreng dan sambal belacan. Ada asam pedas tetel, ikan dan telur ikan. Mula Sk ajak PI kongsi tapi bila dah sampai kedai, PI kata tak nak kongsi pulak. Hurmmm.. terpaksalah Sk order set lain tapi Sk ambil ikan kembung.
PI dah Iman ambil tetel. Sebenarnya masa last datang makan dengan PI hari tu, Sk rasa macam dah tak sedap asam pedasnya tapi kali ni, eh.. sedap pulak la. Kuah asam pedas pun panas-panas lagi. Agaknya kena datang tengahari la makan, kalau datang petang dah sejuk tu yang kurang sedap kot.
Asam pedasnya berasa, tak cair macam sebelum ni. Dekat sini dia letak daun kunyit dalam asam pedas. Yang biasa makan asam pedas letak daun kesom (style Johor) mesti boleh tangkap perbezaan rasa kuah asam pedas Melaka dengan Johor. Yang Melaka ni ada rasa rempah. Tak silap Sk mereka letak biji ketumbar. Jika salah mohon ampunnnnn.
Tetel dia empuk betullll. Kuah ikan dengan tetel lain la rasa dia. Sk tak pasti bagaimana mereka sediakan asam pedas yang dipesan, adakah dimasak baharu setiap kali dipesan atau dimasak seperiuk besar terus. Tapi nampak banyaklah periuk besar kat dapur.
Telur dadar is wajib la jika makan asam pedas walaupun dah ada telur masin, hehehe.
Untuk PI pulak, wajiblah ada ayam goreng. Abaikan kulit telur masin kat tepi pinggan tu.
Kebahagiaan seketul Iman dapat makan asam pedas di restoran kegemaran. Minuman wajib kami di sini ialah Air Mata Kucing Sejuk. Balik tu ingat nak singgah mendessert di Bubur Kampung Hulu, tapi tutuplah pulak. Tuari datang tak ada parking. Bilalah agaknya nak dapat makan kat Bubur Kampung Hulu tu. Agaknya dia pun tahu, kami masih kenyang makan asam pedas, mana nak sumbat dessert, hahaha.

Last but not least.. singgah Coconut Shake Alai. Nampak-nampak aje muka PI, terus abang tu cakap, Hari ni kelapa original tak ada la bang, isi keras. Abang suka original kan? Original tu minum air kelapa dalam kelapa lagi la, no sugar, no ice. Isi kelapa korek sendiri. Dia cakap, kalau nak air kelapa biasa dalam gelas, boleh. Jadi, Iman pun minta air kelapa dalam gelas. Sk pulak selalu pesan Coconut Shake dalam cawan kaca, kan. Kali ni Sk minta letak dalam cup take away, sebab kenyang lagi makan asam pedas, lepas tu semua pun nak jugak Coconut Shake take away. Okey jugakkan ambil yang take away, boleh sedut sikit-sikit. Sampai Batu Pahat baru habis coconut shake PI, hehehe.
jus durian belanda lama tk minum
ReplyDeleteBetul tu, saya pun tumpang penat baca urusan SK hari ni. 😁 Saya tak tahu perbezaan asam pedas melaka dan johor. Nampak pekat kuah asam pedas di atas. Sedapnya. Happy betul Iman. 😊
ReplyDeleteterus rasa nak balik kampung petik buah durian belanda...
ReplyDelete