Assalamualaikum WBT
SEJAK Iman dah balik ni, banyak kali jugak memasak. Tapi tu la, malas betul nak ambil gambar. Antaranya.. masak Udang Masak Lemak Cili Api, Daging Kicap dan Asam Pedas Ayam. APA tu, Iman yang request, rindu nak makan asam pedas dia kata. Beberapa kali makan asam pedas kat kedai, kuahnya berair. Ada yang faham tak kuah berair tu macam mana? Dia macam kuah asam pedas tu terpisah dua, yang merah dan yang jernih. Jadi, jom la kita masak asam pedas.
Stok cili giling pulak tak banyak, kena tambah cili giling tapi stok cili kering tinggal yang jenis pedas melahar. Sk campurlah cili pedas dengan yang tidak. Kali ni Sk letak belacan. Kadang-kadang tak letak, kita letaklah sikit bagi kaw asam pedas kita, hehehe.
Lepas siap masak, tak ambil gambar tapi masa masak tu ada ambil video, kononnya nak buat IG stories tapi lupa, hehe. Kita screen shot dari video la ya. Ni masak ayam setengah ekor, potong kecik dan ambil tiga ketul untuk digaram kunyit dan digoreng.
Banyak buat kuah asam pedas sebab Iman suka banyak kuah. Walaupun pedas tapi tetap masing-masing menambah kuah ya. PI jer la yang tak tahan pedas sangat dia kata, PI jenis makan nasi suka letak kicap. Dah letak kicap pun masih pedas katanya.
Lahhh.. kalau tak pedas, bukanlah namanya asam pedas, betul tak, hihihi. Ni lepas tumis cili, Sk masukkan ayam dan biar selama kira-kira 15 minit (tutup periuk), baru masukkan air asam jawa, garam dan ajinomoto. Belacan Sk letak masa menumis, sebelum masukkan ayam. Tak letak kiub ayam la sebab dah letak aji. Selain air asam jawa, Sk letak juga asam gelugor. Asam gelugor tu beli kat Temerloh tahun lepas, tak habis-habis guna ya. Maklumlah, rajin sangat masak, hahaha.
SA seminggu dua ni malas amik gambar..ntah apesal ntah....hari tu ada gak masak asam pedas ayam..tapi just masukkan dalam kuah baki asam pedas ikan la...itupun sebab suami kita request..so..dia sorang je la makan...SA cilok dari dia je..ok gak asam pedas ayam..nanti nak buat la...
ReplyDeletesy kalau asam pedas yg betul2 pedas sy suka kalau lauknya ikan... kalau daging ke ayam ke sy suka pedas light2 je
ReplyDeletePH baru buat asam pedas ikan tenggiri isnin lepas. Pedas ya amat, guna cili kering kerinting tu... Dah itu je yg ada hihi
ReplyDeleteSaya pernah masak asam pedas tapi tak pedas, guna cili kering tak pedas. Hehe... nampak je merah. Tapi ok. Best nya, ada lauk pedas masam ni, selera makan nasi. 😋
ReplyDeletespesis husband Cie semua makanan buh kicap. Cie sejak dah pandai buat asam pedas ni selalu jugak buat asam pedas ayam. anak2 pun jadi suka dah makan.
ReplyDeleteTq SK, bagi idea masak lauk. Akhir-akhir tak ada selera nak makan. Lama tak buat asam pedas. Bubuh belacan memang naiklah aromanya.
ReplyDeletePahaaaam kuahnya macam terpisah. Itu Krn kebanyakan minyak bukan kak? Makanya terpisah antara minyaknya dan air.
ReplyDeleteSayapun sukaaa asam pedas. Yg ala Indonesia ataupun Malaysia dah coba keduanya. Yg penting buat saya, asal pedas, dah sedaplah 😄😄