Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH..
Semalam, Sk sekeluarga dan Along berkesempatan memenuhi jemputan Walimatulurus Hambali dan Liyana, anaknda kepada sepupu kami Kak Saadiah dan suaminya Ustaz Abdul Kadir di Balairong MITC, Melaka Bandaraya Bersejarah.
Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Sk anak-beranak menginap di Ames Hotel yang terletak di Ayer Keroh. Pandai PI pilih hotel yang berdekatan dengan Balairong MITC. Walaupun dekat tapi kalau naik kereta, kalau jalan kaki, pengsan! Along datang ambil kami di hotel untuk ke Balairong MITC.
Park kereta betul-betul depan pintu masuk balairong, hehehe. Sebelah ni ada gerai apam balik dan pak tongko (cakoi).
Sk pada mulanya terbayang balairong ni macam istana zaman silam.
Jamuannya ada nasi putih berlauk dan nasi beriani. Kuih-muih pelbagai dan minuman pilihan juga pelbagai perisan dan warna. Sk pilih air jagung.
Tapai pulut daun getah. Dalam sebungkus tu banyak isinya, agaknya pasal daun getah tu besar-besar.
Kami tiga beranak.
Iman panggil Along, mama.
Sk dan Along, duduk sama rendah.
Berdiri tak sama tinggi, hehehe. Tu la, dulu kecik-kecik tak nak bergayut kat tuang Along ni, hahaha.
Yang tengah-tengah tu adik sepupu kami, anak Pak Usu, Fikri dan isteri serta anak-anak.
Kulaannn.. Kak Ruqayah dan Kak Normadiah. Kedua-dua ni anak arwah Pak Uda Sahar (abang arwah ibu).
Kulaann lagi.. bukan senang nak berkumpul. Kalau ada majlis kahwin pun kadang tak datang saing. Oh, Angah, Cik Ani dan Cikwa tak dapat datang sebab ada komitmen lain.
Inilah mak pengantin, Kak Saadiah. Aaa.. masa kecik-kecik dulu selalu dengar pengalaman Kak Saadiah semasa tinggal di asrama. Apalagi, cerita hantu laaaa, hahaha. Terima kasih buat Kak Saadiah sekeluarga atas undangannya. Semoga sihat dan sejahtera selalu Kak Saadiah sekeluarga, Amiiinnn YRA.
















Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih