MASAK SAMBAL TAUKUA & TART NENAS CNY

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


SEMALAM, PI cakap, malam nak makan nasi lauk Ayam Masak Kicap. Sajalah tu dengki kat Iman yang tak makan lauk kicap. Tapi takpe, tuari kan masak Asam Pedas Ayam, ayamnya dah habis, kuah ada lagi Sk simpan. Nanti rebus ayam seketul, masukkan dalam kuah, panaskan. Jadi, suruhlah Iman rendam ayam. Tup tup balik rumah, tengok.. rupanya Iman pi rendam rangka ayam. Dah kena rendam ayam lain pulak.


Tu takpa, PI balik, bawa tauhu pulak. Tak payah masak Ayam Masak Kicap, dia kata. PI minta masakkan Sambal Taukua dan Ayam Goreng. Dah satu kerja nak goreng tauhu, nak goreng ayam jugak. Nasib baiklah kebetulan, semalam ke.. kelmarin, Sk beli online cili giling kat TT dan tengahari semalam dah sampai. Gedebak gedebuk, pukul 9 lebih baru makan malam, huhuhu.



Cili giling beli kat TT. Tengok kat thread ramai yang rekomen cili giling Abbyzam ni. Kita pun beli la dua botol terussss. Abaikan kucing-kucing melepak kat situ.



PI dapat hamper CNY dan kotak kesyukuran menyambut Ramadan. Suka sangat sebab ada tart nenas satu tin dan extra sepeket lagi tart nenas dalam hamper tu.



Goreng tauhu dulu, kemudian terus masak sambal, baru goreng ayam. Okey jugak la cili giling ni, tinggal tambah bawang merah. Sk kisar jer bawang, malas nak tumbuk.



Iklan..

Ni pagi tadi, sarapan tart nenas dari hamper. Tengoklah gambar ni.. dari gelap....



Sampai dah cerah, masih belum sampai office, huhuhu.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bila hari bekerja pasti lewat makan malam kerana kena masak dulu. Cabaran wanita bekerja.

    ReplyDelete
  2. Senang..2 botol terus SK borong cili giling

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!