Assalamualaikum WBT
BERSAMBUNG lagi kisah JJCM Melaka.
Jika sebelum ini, kami makan ikan bakar di Dapoq Ijan Terbakaq, kali ni kami ke Medan Ikan Bakar Alai. Dah lama tak pergi Alai ni, baru tahu, semua perniagaan ikan bakar sebelum ini telah diletakkan di bawah satu bumbung dan bangunannya masih baru. Rasanya medan selera ini di bawah kelolaan Majlis Bandaraya atau Perbandaran.
Sejak awal PI dah rancang nak makan di Medan Ikan Bakar Rosedi, Gerai No 7. Macam biasa, kita pilih haiwan laut yang hendak dimasak. Dah siap pilih tu bagitahu la duduk meja mana. Medan selera ni lebih luas dan selesa berbanding yang lama dulu.
Tak sahlah kalau tak ada nasi lemak, kan. Nasi lemak dibungkus dalam kertas lilin macam ni, tak ada daun pisang.
Sambalnya di bawah nasi. Tak ada aksesori lain, hanya semata nasi dan sambal sahaja tetapi mantap sungguh rasa dia. Iman siap tapau bawa balik hotel.
Setiap peniaga ikan bakar ada dua lot kedai. Sk tak pastilah memang mereka sewa dua lot atau macammana, sebab tengok papan tanda, satu lot tu dia tulis nombor gerai dan satu lot lagi dia tulis nama gerai. Gerai sebelah pun macam tu jugak. Dekat sini ada dua blok, yang blok sebelah sana, SK tak pasti macam mana. Nasi lemak dan minuman dari gerai lain, tapi kita boleh order terus dari sini.
Ambil sotong tiga ekor minta masak goreng tepung. Sk awal-awal dah cakap, kalau nak bakar, PI kena habiskan sorang. Tak suka sangat makan sotong bakar, Sk ni. Iman pun lagi suka goreng tepung, jadi memang masak goreng tepung aje la tiga-tiga ekor sotong tu. Dan, inilah tekstur sotong goreng tepung yang perfect. Tepung menyalut sotong dengan baik, garing, gebu, tak berminyak dan sotong pun tak liat. Rasa macam tak nak berhenti pulak mencicah sotong dalam sos cili tu. Sos cili dia pun sedaplah, macam rasa sos di ICT Pantai Timur sana (ICT - Ikan Celup Tepung).
Pesan Kailan Ikan Masin. Ni biasa-biasa ajelah. Penting ya ambil sayur sebagai sumber serat.
Pilih ikan siakap untuk dibakar kosong. Aaa... macam ni barulah namanya ikan bakar. Ikan masak sempurna, tak overcooked, walaupun dibakar ianya juicy tapi tak berair. Pencicah ikan bakar ialah kicap yang diletakkan hirisan bawang. Aisehhhh.. tengah menaip ni baru teringat, mereka tak beri limau kasturi untuk perah dalam kicap. Patutlah masa makan tu, kan.. Sk dok tenung dalam piring kicap tu dan memikir apa yang kurang, haha.
Udang bakar, juga dibakar kosong. Udang tu dia cucuk guna lidi jadi lurus berkawad satu-satu, hahaha. Fresh ya udang tu, mudah nak kopek, siap belah belakang buang urat udang. Hujung kepala udang tu dia potong.
Berhemah betul kali ni ambil empat lauk sahaja, hihi. Nasi lemak sorang dua bungkus ya.
Puas hati, tempat selesa, sedap dan murah, berbaloi-baloi. Bolehlah nanti repeat lepas raya pulak, hihihi. Haa... siapa yang nak makan ikan bakar kat Melaka tapi tak tahu nak pilih kat mana, bolehlah datang Medan Ikan Bakar Rosedi ni. Sk bagi 10/10.
SA rasa x pernah sampai Alai ni...macam nak cuba la nanti..tapi nak elak pi time percutian samada cuti sekolah atau perayaan...sure penuh kat sini kan..nak amik cuti hari biasa la...baru best...ok masuk wishlist
ReplyDelete