BERBUKA LAUK ASAM PEDAS AYAM DI RUMAH ANGAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


BERTEMU lagi di Ramadan ke 20 tahun 1447H. Apa khabar, pembaca dan rakan blogger sekalian? Diharap semuanya sihat walafiat dan sejahtera selalu dalam menjalankan kewajiban puasa dan ibadah sunah yang lain, InsyaAllah.


Dua minggu lepas, Along balik sebab ada urusan SPB di Johor (baca: JB). Berikutan itu, Angah ajak kami yang lain berbuka puasa di rumah beliau di Senai. Sebelum ke Senai, Sk dan PI singgah ke Bazar Ramadan Bandar Baru Kangkar Pulai. Aaa.. ni pertama kali la Sk jejak bazar, Ramadan kali ni. Iman tak ikut, dia berbuka puasa dengan kawan UTM dia sebab dah janji awal.


Angah masak Asam Pedas Ayam atas permintaan Along. Sk siap tapau bawa balik untuk sahur.


Sayur kubis masak air dengan suhun.


Tempe celup tepung. Ni Cik Ani bawa.


Ayam goyeng.


Sambal Terung Pipit.


Sambal Tempe, Cik Ani bawa rasanya ni.


Sk bawa Sotong Masak Hitam.

Dah 10 Ramadan masa ni, baru dapat berbuka bersama. Itupun tak cukup korum.







Macam-macam gayalah bila dah berjumpa tu nak nak pulak perut dah kenyang masing-masing, hihihi.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Waalaikumussalam.
    Wah, asam pedas, kubis masak air dengan suhun dan temoe goreng tu memang idaman seleraku!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..SA tahun ni tak sempat berbuka lagi ngan adik no 3 dan no 2...dua- duanya masih kurang sihat...

    ReplyDelete
  3. Bestnya berbuka dgn adik beradik...semua makanan sedap² pulak tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!