Assalamualaikum WBT
BERTEMU lagi kita di 14 Ramadan 1447H. Dah dua minggu kita menjalankan kewajiban berpuasa di bulan Ramadan. Semoga pembaca dan rakan blogger berada dalam keadaan sihat sejahtera. Maaflah, puasa tahun ini Sk tak menulis hari-hari di blog. Lepas raya nanti kita pulun eh.
Bingkisan kurma dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Beli kopi untuk sahur.
Tapau Pasta Smoked Duck dari Richdessert untuk moreh.
Itik dia dah sikit.
Awal client PI bagi kuih raya.
Moreh katanya, makan Mi Tarik di Puteri Habour.
Sahur di Restoran Thoufeeq.
Makan Roti Telur.
Berbuka dengan Salmon Panggang. Masa ni berbuka seorang.
Ada jualan makanan dari pelajar Kursus Penyediaan Makanan, Sk beli Lasagna, Roti John dan Stuffed Meatball.
Kawan ambilkan Bubur Lambuk Zara.
Hari yang makan benda ni, esoknya Sk cirit-birit. Ujian.. ujian. Tapi tetap teruskan puasa.
Iman belanja Tealive. PI bawa balik kurma, bubur lambuk dan kek butter cempedak dari clients.
Ada kawan jual lemang, Sk beli dua batang, PI beli rendang daging dari bazar. Tak ambil pulak gambar makan lemang dengan rendang daging.
Sk dan PI ke Bazar Ramadan Bandar Baru Kangkar Pulai. Walaupun pendek tapi macam-macam ada.
Ni pulak, Sk dan Iman ke Bazar Ramadan Angsana Mall. Punyalah terliur tengok makanan yang dijual.
Bazar kuih raya. Cuci mata jer tak beli.
Bingkisan dari MB Johor sempena Majlis Berbuka Puasa bersama media.
Yay.. dah ada enam jenis kuih raya kami.
Tapi, tart nenas tak sempat nak tunggu raya la nampaknya. Yassalammmm
Alhamdulillah. Awalnya SK dapat kuih raya. Sedapnya, tart nanas. Kek butter cempedak? Wow.. barang rare tu.
ReplyDeleteSaya pun beli kuih raya 5 balang letak atas meja, makan hari² Kak.. now makan ada feel, raya nanti mmg tak makan punya kuih raya kannn hahahaha
ReplyDeleteDah ada kuih raya tu..tak payah beli dah.. kek butter cempedak tu macam sedap je..tak pernah rasa dan jumpa lagi
ReplyDeleteSA dah order la skit kuih raya..3 balang je, lepas tu anak dara tu cakap nak buat kuih yang senang2..next week kot mula...
ReplyDeleteSemua sedap, tapi sekut raya tu alahai menggoda sungguh tart tu mesti sedap kan
ReplyDeleteKuih raya kita dekat seller lagi hihi ...
ReplyDeleteTerliur tengok pasta tu. Terliur ke smoked duck tu sebenarnya :)
Tu la tak nampak entri akak. Takpe fokus Ramadan. Nanti raya pulun share entri beraya & makan2.
ReplyDeleteCuci mata tengok makanan waktu malam. ☺
ReplyDeleteHari tu kakak kat Tangkak cerita MB bagi sekotak kurma kat taman dia. Sedap kurma dia. Alhamdulillah semuga MB Johor di murahkan rezeki
ReplyDeleteSaya nth kenapa tak semangat pesan kue raya tahun ini. Dah laaah, suami biasanya dpt banyak kue raya as hampers dari teman2 diam itu saja kue raya kami 😁. Sejak mengurangi tepung, memang saya tak semangat beli kue2 begini. Tp anak2 msh suka. Jadi biasanya mereka yg makan.
ReplyDeleteammi pun sama SK..malas betul nak menaip. Kalau tiba2 terajin tu kita buat je auto published entry terus sampai 3-4 pastu dah.
ReplyDeleteeh lawalah bekas kuih yang macam tikar tu. very the creative mereka ini
menarik tgk pasta smpked duck tu
ReplyDelete