NASI LEMAK & DOA UNTUK NASTASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini, Sk nak ajak rakan pembaca dan rakan blogger untuk sama-sama mendoakan seorang silent reader, Nastasa Nadia, yang akan menjalani prosedur membuang air dalam paru-paru hari ini. Nastasa dah dua minggu demam on off dan hasil pemeriksaan didapati paru-paru sebelah kanan mengandungi air. Ini akibat dari batuk lama dan Nas juga menjalani dialisis. Sk percaya, jika Nas adalah silent reader di blog Sk, tentu beliau juga silent reader blog rakan-rakan yang lain. Nas ni rajin reply stories ig Sk, tu la tu yang jadi kenal dengan Nas. Marilah kita sama-sama doakan Nas ya. Nas merupakan ibu tunggal dan anaknya masih sekolah lagi. Kita doakan agar Nas segera sembuh dan dapat kembali ke rumah, anaknya pasti mengharapkan kepulangan mamanya apabila selesai prosedur tersebut.



Sk masak nasi lemak pada 1 Julai lepas. Cepat jer siap masak nasi lemak ni sebab cuma buat sambal kosong, goreng ikan bilis dan buat telur lenggang. Iman masa ni keluar ada urusan, jadi makan berdua aje la dengan PI.



Sekarang ni dah tak payah susah-susah nak buat stok cili giling sebab beli ready made jer, Cili Kisar Aby Zam di Tik Tok. Tapi, diakui memang tak bolehlah dapat rasa macam kita kisar sendiri namun tidaklah pelik rasanya.



Sk guna santan kara kotak segitiga tu, cukup untuk 2 pot nasi. Nasi ada lebih bawa sarapan ke hari sabtu. Ni yang kata dalam entri semalam, tak ingat sabtu sarapan apa, heheheh.

Telur lenggang atau telur yang didadar nipis-nipis. Ni ikut cara sebelah mentua Sk, wajib ada telur dadar nipis macam ni. Kalau sebelah Sk, kami buat telur rebus aje. Telur mata pun jarang la buat sebab leceh nak goreng satu-satu. Aaa.. tak cukup korum nasi lemak Sk, tak ada timun dan kacang tanah, nasib la ikan bilis banyak stok.


Akhir kata..

Untuk Nastasa, sekali lagi akak doakan agar prosedur ini berjaya, semoga tiada sakit yang selepasnya, InsyaAllah.. terus kuat untuk Maira, ya.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Moga Allah swt kurniakan kesembuhan yang sempurna buat Nastasa..

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan Nas...semoga sembuh seperti sediakala...sedap, ikan bilis goreng rangup...

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan buat Nastasa Nadia, dia pun rajin komen story SA...allahu harap xde la yang memudaratkan buat dia...

    ReplyDelete
  4. Syafahallah utk Nastasa 🤲🏻
    Semoga dipermudahkan urusan rawatan dan segala hal yg berkaitan 🤲🏻

    Sedap dah tu SK wpun katanya takde timun dan kadang goreng.

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar.. moga segala sakitnya segera sembuh dan semuanya baik-baik aja..

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan urusan perubatan Nastasa.

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudah urusan sis Nas..aamin..

    Rajinnya SK buat telur dadar gitu..

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah permudah segala urusan Nastasa Nadia dan Allah berikan kesihatan serta kesembuhan untuknya. Aamiin...
    Saya pun dah tak buat cili kering. Beli dah siap je kat pasar yang jenis pedas tu. Tahan lama juga simpan. Betul, sekarang dah tak ada cili kisar rasa pelik. Senang kerja masak kita kan.
    Setuju sangat nak buat telur mata tu leceh kalau nak buat banyak. Better telur rebus atau telur dadar. Telur dadarlah paling senang sekali dan cepat siap.
    Berselera tengok nasi lemak masak sendiri ni. Ulang makan sampai malam.

    ReplyDelete
  9. Semoga Nastasa cepat sembuh. 🤲 Sedap tengok nasi lemak SK.

    ReplyDelete
  10. semoga berjalan lancar prosedur Nastasa ye dan semoga cepat pulih

    ReplyDelete
  11. Nasi lemak my loooove 😍😍😍😄. Selalu rindu ke Malaysia hanya utk nasi lemak. Tp di Johor fav saya nasi lemak atas bukit. Dah sampai terindu2 sekarang nih 😂😂.

    Utk kak nas, semoga dimudahkan pengobatan nya, Allah kasih kesembuhan untuk kakak yaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!