NASI LEMAK & DOA UNTUK NASTASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini, Sk nak ajak rakan pembaca dan rakan blogger untuk sama-sama mendoakan seorang silent reader, Nastasa Nadia, yang akan menjalani prosedur membuang air dalam paru-paru hari ini. Nastasa dah dua minggu demam on off dan hasil pemeriksaan didapati paru-paru sebelah kanan mengandungi air. Ini akibat dari batuk lama dan Nas juga menjalani dialisis. Sk percaya, jika Nas adalah silent reader di blog Sk, tentu beliau juga silent reader blog rakan-rakan yang lain. Nas ni rajin reply stories ig Sk, tu la tu yang jadi kenal dengan Nas. Marilah kita sama-sama doakan Nas ya. Nas merupakan ibu tunggal dan anaknya masih sekolah lagi. Kita doakan agar Nas segera sembuh dan dapat kembali ke rumah, anaknya pasti mengharapkan kepulangan mamanya apabila selesai prosedur tersebut.



Sk masak nasi lemak pada 1 Julai lepas. Cepat jer siap masak nasi lemak ni sebab cuma buat sambal kosong, goreng ikan bilis dan buat telur lenggang. Iman masa ni keluar ada urusan, jadi makan berdua aje la dengan PI.



Sekarang ni dah tak payah susah-susah nak buat stok cili giling sebab beli ready made jer, Cili Kisar Aby Zam di Tik Tok. Tapi, diakui memang tak bolehlah dapat rasa macam kita kisar sendiri namun tidaklah pelik rasanya.



Sk guna santan kara kotak segitiga tu, cukup untuk 2 pot nasi. Nasi ada lebih bawa sarapan ke hari sabtu. Ni yang kata dalam entri semalam, tak ingat sabtu sarapan apa, heheheh.

Telur lenggang atau telur yang didadar nipis-nipis. Ni ikut cara sebelah mentua Sk, wajib ada telur dadar nipis macam ni. Kalau sebelah Sk, kami buat telur rebus aje. Telur mata pun jarang la buat sebab leceh nak goreng satu-satu. Aaa.. tak cukup korum nasi lemak Sk, tak ada timun dan kacang tanah, nasib la ikan bilis banyak stok.


Akhir kata..

Untuk Nastasa, sekali lagi akak doakan agar prosedur ini berjaya, semoga tiada sakit yang selepasnya, InsyaAllah.. terus kuat untuk Maira, ya.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Moga Allah swt kurniakan kesembuhan yang sempurna buat Nastasa..

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan Nas...semoga sembuh seperti sediakala...sedap, ikan bilis goreng rangup...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!