MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, October 11, 2011

BILA ANGIN RAJIN MELANDA


ASSALAMUALAIKUM wbt

ENTAH kenapa tiba-tiba tekak ini teringin nak makan apam polka dot. Sebenarnya bukan tekak nak makan, tapi hati ini yang meronta-ronta tidak keruan hingga terbayang dari pagi ke malam, malam ke pagi.. hahaha. Sebelum ini pernah juga buat apam polka dot ni, tapi entah kenapa ia tidak dimasukkan ke Alam Sari.


Jadi pada pagi-pagi Ahad yang lepas, saya pun mengapam dan memolka dot.. kih kih kih. Walaupun hari itu saya ada jemputan perkahwinan di Simpang Renggam, namun oleh sebab ingin memadamkan kegelisahan hati yang kian memuncak, saya menyempatkan diri juga walaupun dalam sibuk nak menyiapkan sarapan dan mencuci pakaian, bak kata orang tua, hendak seribu daya kan, maka dengan sedaya upaya terjadilah kejadian-kejadian yang aneh ini.. ekekekeh...


Kali ini saya gunakan resepi dari MamaFami, heroin masak-masak kita tu.. hehe. Aaaaaaa??? Siapa heronya?? Aik, siapa lagi kalau bukan jejaka dari Sedenak yang penuh misteri tu, hihihi. Mama, saya minta izin kongsikan semula resepinya di sini ya, saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang Mama.. ;-). Terima kasih juga untuk Cikgu Hana yang mana sumber mama dari Cikgu Hana yang manis tu.. hehe.

APAM POLKA DOT
Sumber : MamaFami's Spice n Splendour
dan Cikgu Hana


Bahan-bahan :

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu teh esen vanilla

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

Kaedah penyediaan :

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan p
ukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang
bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus di dalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

Nota dr Hana:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kal
au tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Nota: Selamat Pengantin Baru untuk adik-adikku Yana dan Ama
semoga mahligai yang dibina kekal hingga ke syurga. Maaf ya, Yana.. akak tak sampai ke rumah Yana kerana tiada panduan jalan.. untuk Ama, terima kasih atas layanan Ama sekeluarga.

Amalina dan Suami


Yana dan Suami
kredit gambar to redbite


Wassalam.

8 comments:

  1. rajinn la akak...
    mas gak tak buat2 lagi apam tu..
    cantikkkkk

    ReplyDelete
  2. Amboi kak dlm bz2 nak g kenduri pon sempat lagi tuh,hehe,comey apam,pengantin pon cun n encem gak kak..

    ReplyDelete
  3. anak2 dah 2-3 hari minta apam polka dot ni kak...tp mama punya mood rajin x mari2...haihhh...teruk btl la mama ni kan....

    ehh...amalina tu sekali pandang mcm fara AF2 plak...selamat pengantin baru utk pasangan pengantin ni...semoga kekal hingga ke akhir hayat..amin

    ReplyDelete
  4. akak..saya baru buat polkadot ni.. dah 2 kali try fail..kali ke3 buat mcm sumpahan tu dah berakhir sikit sikit. hehehe

    ReplyDelete
  5. akak..saya pun baru buat apam dot dot..tapi tukar versi jd ladybird..angin tetiba rajin hihihi,,

    ReplyDelete
  6. amboii.. rajinnyer kak sari.. tun xpenah lg menerai nii.. duk pikir2 nk buat, tp mmg selalu kalah ngan virus M. hihi

    ReplyDelete
  7. wahh cantiknya apam kak yus ni..montok dan gebus gitu..btw tahniah buat pasangan pengantin baru semoga berbahagia selalu:)

    ReplyDelete
  8. Dot! Dot! Dot!.. ade budak suka ngeDot!! hehe..
    Peranten tantekk-tantekk nyerrr :)

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...