DINNER BREAKFAST
October 26, 2011
8
ASSALAMUALAIKUM wbt
BERSANTAI atau bergelumpangan dengan kain baju? Konon-kononnya cuti tapi nak buat macam mana, bagi insan yang tak ada pembantu rumah memang begitulah situasinya bila bercutikan, tiadalah istilah rehat-rehat, lainlah orang lelaki, seharian baring-baringan di depan tv. Kalau ER boleh baring-baring, saya pun bolehlahhhhhhh.. saya blogwalking & berfacebooking. No masak-masak today, cuti is cuti.. hihi. Padahal realitinya setengah hari mengemas rumah dan mencuci kain... tu.......... tunggu hendak dilipat.. silap-silap KIV sampai hari Ahad.. hehehe.
Ini kisah malam tadi. Memandangkan hari ini cuti jadi ER telah bersetuju untuk membawa kami makan malam di luar. Dalam hati berbelah bagi, nak makan tomyam atau capati. Nak bantai dua-dua tentulah tak larat, perut dan poket nanti sama-sama berat... hihi. Dalam berfikir-fikir tu, Yaya kata.. "Bonda, malam ni Cinta Elysalah," huhuhu.. Ni peminat Botak Juvana, mana boleh miss. Walaupun pada pendapat saya, Si Botak atau nama sebenarnya Johan As'ari ni berlakon macam terlalu dibuat garangnya tu tapi saya tetap suka. Cuma kenapa ya, macam dipaksa-paksa jer lakonan Johan sebagai Azril atau Aril ni berlainan sekali dengan karakternya dalam Juvana yang nampak lebih natural. Eh! Cemana boleh masuk cerita Si Botak ni pulak, haha.
Jadi, kami buat keputusan nak pergi makan lepas Cinta Elysa habis, uiiiii.. kul 10 dah tu. Entah kenapa, saya teringin pulak nak buat Roti Gulung Sosej, lalu saya pun keluarkanlah sosej dari peti ais. Si Yaya pulak kata, biar Yaya yang masak. Aik! Biar betul.. Yaya nak masak apa, adalahhhh.. katanya. Eh, saya paksalah dia bagitahu, karang entah apa dimasaknya lagi haru. Dia kata dia nak cincang dulu sosej tu, lepas tu baru tahu. Haiyakkkkk! Mahu cincang ka?? Lalu saya kata, jangan cincanglah, potong-potong macam kita breakfast kat hotel tu.. Akhirnya betul-betul dia buat menu breakfast for dinner.... hehehehe.. Saborrrrrrrrrr ajelah..
Cerita Belakang Tabir :
Masa tengah memantau Yaya di dapur tu, tetiba jer ada call, masa tu saya sebenarnya tengah nak ambil gambar Yaya dok leka ukur panjang sosej yang dipotong tu, pasal dia tak reti nak agak bagi semuanya standard. Rupa-rupanya Oh Oeya yang call. Tengah jawab call dari Oeya, saya perhatikan kenapa susah sangat Yaya nak potong sosej tu, rupanya pisaunya terbalik dan nyaris-nyaris ditekannya dengan jari. Nasib baik, kalau tak termakan jari pulak, dah jadi Raja Bersiung. Lain kali hati-hati di dapur ya, Yaya.
Tags
wahh.. rajinnyer anak dara sorang nii.. kalau ada anak lelaki blh booking nk wat menantu =)
ReplyDeleteTun telani, tu kalu dtg rajin, hihi
ReplyDeletecomel aje rajin menolong kat dapur..siap ukur tuh..bagus nanti pandai masak cam ibunya hehe
ReplyDeleteAS-SALAM
ReplyDeleteselamat malam..npk kemas aje presentations tu..rajin betul your daughter...
Sitiezahim, siap ukur tu yg tak tahan. Mintak2lah pandai masak besok besar bolehlah kita berehat, hehe..
ReplyDeleteAdy, bab presentation tu, i yg buat. My daughter dah cabut masuk bilik psl Cinta Elysa dah start, huhuhu. Dia masak atas dapur jer semua tu, pas tu terus kejar Botak, haha.
ReplyDeleteada anak dara, senang nanti leh tolong bondanya masak. mcm syiqin tahu pukul telor je, yg lain dia pantau maknya yang tak pandai masak nih hehehehehehehe
ReplyDeleteeh, kita pun suka tgk cinta elysa nih. suka tgk fasha sandha, dan budak botak tu...ok la tuuuu
wahahahahahahaha.. saya tau cerita pisau terbalik potong sosej ituuuu.. :D
ReplyDeleteYaya sayang.. Mama O tak kesah.. guna pisau terbalik pun Mama O sayang Yaya jugak ;-)