HOR FUN PLANTA

Seri Kandi Tanah Jauhar
19


ASSALAMUALAIKUM wbt

AIK!
Entri tajaankah?? Hihihi..

Lama dah tak menikmati Hor Fun, terakhir sekali menikmatinya masa kunjungan raya dari cekgu-cekgi pada raya lepas. Cekgu-cekgi ni memang kalau datang beraya kat rumah saya, diorang tak mahu makan ketupat rendang segala, mesti nak suruh saya masak Hor Fun ataupun Cantonese Kuey Teow. Selain dari feberet diorang, ER pun sangat suka makan Hor Fun ni. Hor Fun ni memang selalu jugaklah saya buat dan saya pernah kongsikan resepinya di sini. Kawan-kawan saya pun biasa menggunakan resepi ini setiap kali memasak Hor Fun ni.

nilah peminat-peminat Hor Fun saya... hihihi..

Lepas tu, semalam.. Mama Hawa ada postkan resepi Hor Fun ni menggunakan kicap campur Mas, tapi saya tak pandai pula nak masak Hor Fun menggunakan kicap campur ni sebab bila belek-belek ada penggunaan sos tiram dalam kicap campur tu. Saya kurang pasti pulak, kalau letak sos tiram, rasanya dah macam hailam pulak. Maaflah, itu pendapat saya, jangan marah ya Mas. Setiap orang ada pendapat sendiri dan berhak menyuarakannyakan. Tapi ramai yang puji sedap, insyaAllah, lain kali nak cuba juga resepi kicap campur Mas tu. (dulu Mas pernah cerita pada saya tentang kicap campur resepi maknya tu). Lagipun ER lebih suka resepi Hor Fun yang sama sebijik macam Hor Fun yang kami selalu makan di Landmark Mall. Dulu, di Food Court Landmark Mall ni, ada satu gerai yang menjual pelbagai jenis hidangan mee yang dimiliki oleh satu keluarga Cina (halal InsyaAllah). Di sinilah saya belajar bagaimana memasak Hor Fun ni dan resepi itulah yang selalu saya praktikkan sampai sekarang. Kali ini saya menggunakan planta bagi menggantikan minyak. Siapa yang tak ada planta tu, bolehlah gantikan dengan minyak, tapi bahan-bahan lain jangan diderhakakan sebab nanti tak jadi Hor Funnya, hehe.

Hor Fun aka Cantonese Kuey Teow
Bahan-bahan: (hidangan 6 orang)

Bahan A
  • 1 kg Kuey Teow
  • 1 sb planta atau minyak masak
  • 2 sb kicap pekat
Bahan B
  • 12 ekor udang sederhana besar (boleh buang kepala)
  • 2 ekor sotong (buang kulit luarnya dan potong gelang)
  • 2 keping kek ikan (hiris sederhana nipis)
  • boleh tambah hirisan ayam atau daging (optional)
  • 5 ulas bawang putih (ketuk & cincang kasar)
  • 3 hirisan halia
  • 1 sb planta
  • 5 sb kicap cair
  • 1 sb pati ikan bilis (saya guna maggi)
  • 1/3 sb serbuk lada sulah
  • 5 cwn air
  • 1 ikat sayur sawi. (Disiang, asingkan batang dan daunnya)
  • 4 sb tepung jagung dibancuh dengan 1 cwn air
  • 2 butir telur (ambil putihnya sahaja)
Cara menyediakan bahan A:
  1. Panaskan kuali. Lengserkan planta atau minyak di sekeliling kuali, biar ia merata sendiri.
  2. Masukkan kuey teow, api sederhana besar. Kacau sekejap.
  3. Masukkan kicap pekat, kacau cepat-cepat selama dua minit, matikan api. Letakkan kuey teow dalam pinggan hidangan.
Cara menyediakan bahan B:

  1. Panaskan planta atau minyak dalam kuali yang sama (boleh juga kalau nak gunakan periuk). Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. (api sederhana)
  2. Masukkan udang, sotong dan hirisan ayam atau daging. Kacau sehingga udang kemerahan.
  3. Masukkan kek ikan, serbuk pati ikan bilis dan kicap cair dan serbuk lada sulah. Kacau rata-rata kemudian masukkan air dan batang sayur sawi. Buka api besar, biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, tukar api sederhana, masukkan daun sayur sawi, biar 3 -4 minit kemudian masukkan tepung jagung yang dibancuh bersama secawan air tadi. Kacau cepat-cepat sehingga mendidih.
  5. Masukkan putih telur, kacau membentuk bulatan, tutup api dan tuangkan di atas kuey teow.
  6. Hidangkan bersama cili hijau jeruk yang direndam dalam kicap cair.
Cara saya:
~ Kuey Teow letak dalam pinggan makan secukupnya dan letakkan kuah tadi secukupnya di atas kuey teow.
Tags

Post a Comment

19Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. as-salam
    wahhh!!!dah jadi popular hor fun ni..sana sini dah mencubanye..tgk pun dah tahu sedapnye...

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan hor fun ni..nanti boleh cuba buat

    ReplyDelete
  3. Salam Kak...wahhh macam sedap je ni..harus cuba juga ni

    ReplyDelete
  4. Ady, family sy memang suka makan Hor Fun, nak masak pun senang, modal pun murah, hihi

    ReplyDelete
  5. Sue @ Nenie, kena cuba ya, jgn tidak2.. hihi

    ReplyDelete
  6. hor fun ni ala2 kung fu @ ladna ehhh
    nampak menarik :-)

    re: nasi daging tu menu bulan lepas tu...entry tunggakan sbb byk sgt pic berderet tunggu giliran...
    masa tu lom atkins...

    tp skang pun hari2 masak nasik gak...sbb hubby x diet...dia wajib nk mkn nasi hari2..huhu

    ReplyDelete
  7. saya memang suka mkn cantonese kuey teow ni.. thanks kak.. leh try ni cuti nanti

    ReplyDelete
  8. Cida, hor fun ni berbeza dgn mee ladna sebab tak ada guna sos tiram atau sos tomato, mee ladna ada guna sos tiram & sos tomato, itu yg akak tau.. ;)

    ReplyDelete
  9. Nur si CIKGu RiBeNa, cuti nanti buat tau, senang & sedap :-))

    ReplyDelete
  10. Sari, bahan2nya pun mudah dicari. Wajib cuba nanti. terima kasih cikguuuuuuuuuuuuuuu hehehehehe

    ReplyDelete
  11. Kak Sari, ala terliur sudah.Harus cuba ni

    ReplyDelete
  12. Kak Zuwaidah, bhn senang buat pun senang, ;-)

    ReplyDelete
  13. Assallamualaikum Yus..
    Yus, ko masukkan gambo Naz sekali dlm gambar peminat2 Hor Fun ko tu Yus.. Pas tu anto mai sepinggan beso kat sini..hehehe..

    ReplyDelete
  14. wah sedapnya rasa boleh bukak kedai lepas ni..nanti nak try resipi ni..terima kasih pada tuan rumah dan pemilik resipi yer..

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam, Naz. Nt aku pos kat kau, tp kau kena send gambo dulu kat aku, hehe

    ReplyDelete
  16. Wah! Wah! Wah! Banyaknya saya ketinggalan.. Hor Fun ni pasti tidak boleh lagi diminta kannnn huk! huk!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!