TART NENAS PUJAAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
ASSALAMUALAIKUM wbt

BARU selesai menyantap tiga keping roti putih cicah gulai asam pedas ikan merah kelmarinnnnn... punya. Kelmarin punya kelmarin, bukan semalam.. ala-ala minggu lepas punyalah.. hahahaha. Saya ni kan mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi terutamanya kepada makanan. Tapi kenalah pastikan masih elok lagi jangan dah basi pun taram juga, hihihi. Saya ni dah terikut-ikut perangai ibu yang sentiasa memanaskan lauk bagi mengelakkan ia basi begitu saja. Bila bekerja ni mana sempat nak panaskan lauk selalukan, jadi biasanya sebaik sahaja habis menghangat lauk dan disejukkan dahulu, lauk-lauk lebihan tu akan saya simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan ke peti sejuk. Bila nak makan, panaskan balik. Sebab tu saya suka masak dalam kuantiti 5 6 orang makan. Senang nak buat siaran ulangan, hehehehe.

Ni nak ceritalah pasal tart nenas... feberet eh?? Siapa suka sila angguk tiga kali, hihihi. Bagi saya sendiri tart nenas ni dari zaman kecik sampailah dah tua tak berapa bangka ni memang sangat suka kuih tart nenas ni. Satu balang pun boleh habis kalau mengadap tau.. haha. Bagi mengelakkan timbulnya jerawat akibat terlebih mentega maka saya terpaksalah beringat-ingat.. hihihi. Dan hati saya melonjak suka bila Cik Oeya mengkhabarkan kepada saya yang beliau menyimpankan sedikit tart nenas untuk saya yang dibeli dari Kak Jun Roslan.. ala... bekas wartawan fofular tu.. Glamour you akak ni, siapa tak kenal baik jelajah ke blog beliau sekarang, mesti tak henti-henti telan air liur dan air mata melihat paparan juadahnya yang bakal menjojolkan bijik mata, hahahaha.

Dan bertemulah dua pasang mata antara saya dan Oeya di depan Klinik Keluarga Taman Johor Jaya.. kelas gitu (sebab tak tahu mana nak cari pejabat Oeya). Berpinar-pinar biji mata membaca nama jalan sudahnya saya tunggu je kat depan klinik tu. Ialah, kami ni nama saja satu daerah, satu negeri tapi sukar sekali nak berjumpa dan jangan tak tahu, kami ni bersaudara walaupun cuma tinggal bau-bau jer tapi Oeya tetap wangi di hati saya.. Oeya, saya akan sentiasa doakan kebahagian awak, okey...
;-)

Tiada perasaan... kelu dan terdiam bila sebiji tart disumbat ke dalam mulut. Sukarnya digambarkan keenakan tart nenas Kak Jun yang memukau rasa seenak rupa. Saya pesan dengan Yaya, tak boleh makan banyak-banyak.. hahaha. Sebenarnya saya yang nak makan lebih... kui kui.

Orang memberi, kita merasa, jadi untuk Oeya, saya buatkan Trifle Custard. Terperanjat Oeya menerima bungkusan dari saya... alah Oeya, bukan susah sangat pun buat trifle tu... hihi. Cerita Oeya tentang trifle tu boleh baca di sini. terima kasih Oeya buatkan entri khas untuk saya... saya sukaaaaaaaaaaaaaa!!

Melepas gian, saya godeh pulak tart nenas sendiri dua hari lepas. Sebenarnya asyik terbayang-bayang tart bunga Kak Azlita Masam Manis. Haaaaaaaa.. jangan gelak pulak tengok bunga saya yang terlebih baja tu ya.. hahahaha. Tapi rajinnya satu loyang sajalah.. lepas tu terus cari acuan semprit dan saya pun menyemprit dan menggulung. Tak kuasa dah nak membunga.. hihi. Jom cari perbezaan antara ketiga-tiga tart nenas di bawah.. ;p

untuk resepi tart nenas sila klik gambar.. anda akan disambungkan dengan blog Masam Manis.. terima kasih Kak Azlita Aziz yang manis.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lia suka asam pedas yg dah kelmarin tu kak....serius ni..bukan sesaja ckp...suami lia peberet dia mmg asam pedas yg kuahnya mesti pekat2 gitu...lia selalu masak lbh sbb dah plan esoknya nak makan cicah lempeng pekak...wallllahhh! mmg mabeles.... (aiiihhh...meleleh air liuq da nie...)

    waa...bestnya akak dpat makan tart kak jun...lia suka btl tgk cupcakes dia...comel2..cantik2....lia mmg x reti lah nak b'seni mcm tu...sbb tu tart ni wlu pun suka selalunya order sajor...ngeeee.... (benornya malas...segan nak kata...kikikikiiiii)

    ReplyDelete
  2. As salam Sari.
    Berbesar hati kita utk kongsi 'kasih Kak Jun' dengan awak.. Belum bingkisan itu sampai kita dah sematkan dlm hati utk simpankan utk awak walau sejibikdua heheh..
    Berbalas kasih tanpa diduga dgn trifle pulak.. aduh bertambah kasih kita..
    Tart Nenas Kak Jun yang sangat enak, pecah di mulut itu menambah erat silaturrahim..
    Terima kasih doa awak, Amin.
    Terima kasih post ini.

    Bahagia utk awak sekeluarga juga, Amin.

    *pssttt! 'MakCik Oeya' daaa hik3

    ReplyDelete
  3. Mamamya, samalah akak pun suka gak cicah lempeng pekak, aish!! betul buat makin kecurlah Lia ni... tapi selera encik2 somi kita mmg sama suka yg pekat2 tak mo cair2, hehe.. cupcakes Kak Jun mmg meletops kan, rasa longlai kalu tenung lama2.. huhu.. Tart nenas dia, wallaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  4. Oh Oeya, ni buat kita makin kasih kat awak ni.. Ops! Makcik Oeya.. hehehe.. Sejibik dua ke, berbelas2 gak yg saya ngap tu ha... macam takleh berentilahhhhhh..

    ReplyDelete
  5. cicah roti ngan asam pedas? fuhh.. mmg peminat tegar asam pedas ni, biasa tun cicah roti ngn kari je. hehe.. kalau kt kg pun mmg akan panas2kan lauk spy x basi. kat sini tun mmg bajet masak cukup2 je.
    hihi.. tun pun x reti nk wat cantik2 tat nenas tu. yg gulung2 pun x sama size, ada gemok, ada kurus. hihi

    ReplyDelete
  6. Sari Yusa...tengah bawa kereta, lampu merah, baca sekejap link blog Sari. Ah! terima kasih aun keladi. Kalau panjang umur nanti merasa lagi tart nanas itu ya. Nak buat tart ni senang tapi nak cari masa tu yang payah, Masa bulan puasa, semangat tinggi. Tapi bila dah habis raya...azam cepat sangat mencair. Insyaallah, nanti kak Jun buat lagi. Akhir kalam, wasalam dan terima kasih sekali lagi atas sebutan nama ku di laman blog mu ini.

    ReplyDelete
  7. kak yus...
    aduh... tart ayu dah tak sedap lah tahun nie...
    sebab ayu dah majuk nak buat biskut lagi.. hehehehheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!