LALA BERCILI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

ASSALAMUALAIKUM wbt

AIK!
Ada yang dah lapar balik, maklumlah, dah lebih dua jam makan tengahari. Mak saya kata, tekak bocor, perut kenyang tapi sebenarnya tekak tu yang mengada-ngada. Tadi, masa singgah rumah Kak Ita Masam Manis, amboiii.. bukan main lagi orang baru habis PMR tu kan.. apa nak makan, orderrrrrrrrr jer, gerenti mak buat, hihi. Jadi maknya yang memang teramat rajin tu masaklah Lala Tam Plon. Hahaha.. tak tahu pulak permainan kecik-kecik tu dari masakan Thai tu, Kak Ita. Kita rasa, orang Thai tu yang ambil nama permainan kita, hihi. Eh! Kat Thai diorang panggil ni Lala jugaklah, baru perasan. Jadi, saya pun teringatlah gambar Lala Bercili ni yang dah diupload terlebih dahulu di dalam fb ER. Kiranya entri tertunda.. ialah, masa-masa ni demam M melanda kan, faham-faham sajalahhhh.

Resepi saya ni tidak menggunakan sebarang sos, masak pun pakai campak baling jer. Jadi, siapa nak mencuba, bolehlah agak-agak bahan yang digunakan sebab memang tak bersukat. Lala tu saya rebus sekejap dengan air panas supaya tak berpasir bila nak makan nanti. Okey, boleh tengok bahan-bahannya kat bawah ni, saya nak lari sekejap rumah Kak Ita, nak mintak lala tamplon dia, hehehe.

Lala Bercili
Bahan-bahan: (anggaran)
1 kg lala (direbus sekejap sahaja -agak2 dah terbuka semuanya terus toskan dan lalukan di bawah air sejuk)
3 4 ulas bawang putih dipecah2
3 cm halia dihiris halus
1/2 btg serai diketuk
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
7 tangkai cili padi dipecah atau ditumbuk kasar
garam, gula secukupnya - (gula kena 2x ganda garam, nak manis boleh tambah sikit lagi)
1 - 2 sb cuka masak/ bleh ganti dengan perahan limau nipis
minyak menumis
daun ketumbar untuk ditabur
2 tangkai akar ketumbar
2 helai daun limau purut

~ Tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi sehingga agak garing dan naik bau. Masukkan sekali akar daun ketumbar (basuh bersih).
~ Masukkan lala, bawang besar, gaul sekejap (buka api besar), masukkan garam, gula dan cuka serta daun limau purut. Kacau cepat2 dan dihidangkan panas2. Taburkan daun ketumbar.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. waaa...cantik..menarik n tertarik...^_____^ lia mmg dah lama x masak lala ni....esok en,suami balik kene heret dia pi pasar borong pandan lah nak jugak join dgn kak yus n kak ita main lala tam plon.....

    p/s: kak yusss.....sgt..sgt..sgt..sgt...t'haru dgn msg akak kat n3 lia hari ni tau...w'pun cuaca arini panas terik yp jiwa rasa melankolik plak masa baca komen akak...i lap u la sista!!

    ReplyDelete
  2. Alamak Sari... dah cantik dah blog...spesel skit... sespesel lala bercili tu... feveret anak2 ni...tak jadi lauk nanti habis diratahnya

    ReplyDelete
  3. soalan serius.mana nak dapat template blog macam akak punya ni? he~~lawa~~

    ReplyDelete
  4. kalau makan seafood, selalunya ikan bakar dengan sotong goreng tepung lambat siap.. lala yang menu pertama sampai ke meja. memang sedap ratah gitu je tanpa nasi.. nyamnyam..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!