BILA KASIH BERTAUT..

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

ASSALAMUALAIKUM wbt

BILA KASIH BERTAUT.. hati turut terpaut.. ececehhhhhhhh..!!!

Salam pagi Jumaat yang membawa barakah.. semoga kita semua dilimpahi dengan kehidupan yang sempurna sebelum kehidupan kekal abadi di alam sana. Ramai yang seronok hari ini, almaklumlah, esok dah tiba hujung minggu. Banyak pula jemputan sana-sini, bolehlah kita menggantung kuali.. tapi jangan lupa pulak gantung kain baju (cucilah sekali), karang bila tiba Isnin ada pulak anak yang tak ada uniform nak pergi sekolah, hahaha.. Amek!!

Ni serius cakap, saya dah ulang buat puding ni banyak kali. Kejadiannya dan rasanya memang sukar diungkapkan nikmatnya. Senang pula nak membuatnya. Dari dapur Naz, ia singgah ke rumah Kak Ummi, Kak Yatie dan Kak Ita.. meletops2! Rasanya ramai lagi yang dah mencuba puding ini.. memang sedap sangat, terbuai-buai perasaan ketika gabungan rasa gula melaka dan lemaknya santan bersatu dan bertaut menjadi satu... hihi... jiwanglah pulak.

Untuk Naz, terima kasih kerana berkongsi resepi ini. Apa yang saya lihat tentang Naz ni, beliau amat suka mengolah resepi, dan ramai pula pengikutnya nanti.. meniti dari satu rumah ke satu rumah, resepi olahan Naz setakat ini komennya tidak pernah menghampakan. Baiklah, jom salin resepi, Naz, Yus share semula di sini ya.. (ada juga terderhaka sikit, sebab saya tak masukkan paste pandan dan ros.. tak adalah.. hehe)

Puding Kasih Bertaut
Sumber : Naz

Bahan A

300 ml air

2 st serbuk agar-agar (1/2 bungkus)

1/2 cwn gula (boleh kurangkan ikut nak manis macam mana- saya guna dlm 5sb jer)

200 ml santan
1 butir telur

2 , 3 pewarna dan perisa

Cara:
~ Masak serbuk agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih.
~ Pada masa yang sama pukul sedikit santan bersama telur sehingga rata (guna garfu pun boleh). Tuangkannya ke dalam bahan yang mendidih tadi (kecilkan api dahulu)

~ Kacau rata dan bahagikan kepada dua atau tiga warna.
(Saya bahagi tiga warna dan rasa.. jagung + pewarna kuning, strawberry + pewarna pink dan biru - tiada perisa)
~ Kacau dan buat cepat-cepat, tuang dalam mould mengikut citarasa anda. Boleh juga masuk loyang kecil dan bila keras, potong kecil.

Bahan B: (Sediakan bila bahan A dah keras dan terbentuk)

500 ml air
2 st serbuk agar-agar (atau baki 1/2 bungkus bahan A tadi)
1/4 cwn gula

50 gm gula melaka

1 helai daun pandan (kalau tak ada jangan letak paste pandan pulak.. abaikan jer)

Cara :

~ Masak semuanya sehingga mendidih.

~ Masukkan adunan A yang dah keras ke dalam satu loyang lain. Susunlah jangan tunggang terbalik.

~ Tapiskan bahan B tersebut dalam loyang mengandungi agar-agar berbentuk tadi.

~ Biarkan suam baru simpan di peti sejuk.


Nota : Saiz loyang kecil lebih kurang 6 atau 7"D.

Di sini nak ambil kesempatan juga untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk Kak Ummi yang menyambut hari lahirnya hari ini. Tak perasan pula umur Kak Ummi ni berapa tapi nampak macam baru masuk 30, ahakz! Semoga lebih success selepas ini ya, kak..

Wassalam.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lia mcm nak buat esok puding ni kak...nak beli mould utk buat coklat yg ada bentuk love2 n roses tu..... :)

    ReplyDelete
  2. bila nak buat ni yer..tergoda lam dah..hehe

    ReplyDelete
  3. mmg sedap nih. cantik pulak tu.. aritu dh ckp ngan adik2, nnti dieorg kawin tun sponsor puding ni je laa, letak atas hantaran. hihi

    ReplyDelete
  4. Mamamya, mould tu buatnya lagi sedap, kena beli jugak.. hihi

    Oh Oeya, suker.. meh mamam

    Anna, kalau dah tergoda jgn lama sgt menunggu tau

    Tun, memang sesuai untk hntrn ni.. save pun save, hehe

    ReplyDelete
  5. assalam yus, cantiknya kejadian puding tu, sedapkn puding ni

    ReplyDelete
  6. wahhhh memang bertaut la kasih saya tengok puding akak ni...hehehehehe

    ReplyDelete
  7. Amboi Yussss... Terpaut ai pada you..hehehee.. Cantik arrr... Kaler biru tu mmg cun. selalu tak tau nk wat pe kaler biru yg ada tu. Len kali buat puding nak guna kaler biru lah pulak. Mmg cun habis puding ko ni yuss.. Tq sudi cuba...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!