INI BUKAN LUCAH!
October 21, 2011
30
ASSALAMUALAIKUM wbt
EH! APA ni?? Pagi-pagi Jumaat ni nak cakap pasal benda lucah ker? Urmmmm..
Ini kisah Yaya malam tadi, alkisahnya begini, kan sekarang musim periksa, jadi petang ini Yaya, InsyaAllah akan menghadapi kertas Ibadat, kertas akhir peperiksaan sekolah agama. Walaupun Yaya ni umurnya dah sepuluh tahun, tapi sekolah agama lambat setahun jadi kiranya dia sekarang darjah tiga di sekolah agama.. aiiiiiii.. meleweh-lewehlah pulak tukang cerita ni, ramai yang nak tahu apa cerita lucahnya ek.. hihi.
Jadi seperti biasa, Yaya ni kenalah baca kitab, Yaya baca kitab dalam bilik. ER tengok TV, saya?? Urm, duduk-duk sambil layan tab kat ruang tamu. Lepas tu, Yaya datang bawa buku ibadat.
"Bonda, dah habis baca," sambil mengunjukkan kitab Ibadat kepada saya. Saya menyambut kitab tersebut dan bertanya, "faham tak? Dah habis baca semua?" Yaya kata, dia faham dan dah habis baca.
"Okey, bonda soal Yaya," jeng jeng jeng.
Punyalah lama dah bertahun kan kita ni habis sekolah agama, jadi saya belek-belek kitab tu. Oh, darjah tiga ni bermula dengan hadas. Saya tanyalah dia, apa itu hadas? Dia pun jawab, okey, adalah juga yang agak lari jadi saya betulkan semula mengikut nota dalam kitab definisi hadas yang lengkap.
"Okey, hadas ada berapa jenis?"
"Dua."
"Apa?"
"Hadas besar dengan hadas kecil."
"Apa tu hadas besar?"
"Datang haid, keluar air mani, istihadah.."
"Aik, mana ada istihadah..??" Jadi saya nak terangkan tentang istihadah ni..
Dia kata, "Ops! (Sambil angkat tangan) silap-silap. Wiladah. Istihadah tu darah penyakit.. hehe."
Saya geleng-geleng kepala..
Lepas tu saya tanya pula tentang hadas kecil. Okey, dia boleh jawab. Selak-selak kitab, jumpa satu jadual, enam perkara menyebabkan wajib mandi. (Nanti saya scan jadual dari kitab tu dan update eh). Jadual tu terbahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian bagi lelaki dan perempuan, satu lagi bagi perempuan. Alamak!! Salah satu perkara tersebut adalah kwang kwang kwang... tauuuuuuuuukannnnnnnnn???
"Okey, sebutkan perkara yang mewajibkan mandi?"
"Datang haid, nifas, keluar air mani..."
"Lagi?"
"Datang haid, nifas, keluar air mani..." sambil fikir mata ke atas.
"Lagi?"
"Datang haid, nifas, keluar air mani..."
Lepas tu, Yaya menarik kitab pada tangan saya dan menunjukkan satu perkataan, "ini".
"Ini apa dia tulis?" (tahan senyum)
"Bersetubuh, bersetubuh tu apa bonda?"
Tarik nafas sekejap.
"Bersetubuh tu, lelaki dengan perempuan kahwin, macam bonda ngan babah, dapatlah muka Yaya ni haaaaaaaaaa!" sambil menolak hidung Yaya... huhu.
Yaya herot-herot muka sambil geleng-geleng kepala, "tak fahammm."
Erkkkkkk!!
"Tak faham tak apa, nanti lama Yaya faham," huhuhuhu
Tags
hehehe....susah kan nk jawab...tp budak2 sekarang ni..kita kena jawab lurus gitu ajer...
ReplyDeleteSy berdebar2 memikirkan suatu hari nanti anak2 akan bertanya soalan2 sedemikian rupa..
ReplyDeletePenoreh Getah, memang susah. Kadang2 dalam drama yg kes2 mengandung sebelum kahwin tu pun dia tanya, dioarang tak kawen, cemana boleh mengandung? Budak sekolah boleh mengandung ke?? huhu.. payah!
ReplyDeleteZefa NorAsmara, sy dulu macam tu jugak, skrg dah kena hadapi kenyataan.. urmm..
ReplyDeletesalam adinda kusss...
ReplyDeletekak ilah tergelak tang mama kata"""..dapatlah muka Yaya ni haaaaaaaaaa!" sambil menolak hidung Yaya... huhu.
mmg susah nak terang tapi kena terang sari...supaya depa fhm kak ada 4 pompuan doooiiii bygkan nak terang setiap seorg...
Kak Ilah, bagi tahu sy mcmmn nak terangkan.. huhu
ReplyDeletesalam sari..anak pon ada tanya gak..hihi.Tp cakap g tanya ayah..hadoiiiii
ReplyDeleteKalau anak saya tanya kat ibunya satu hari nanti, agak-agaknya apalah jawapan paling selamat dan bernas yg saya nak berikan ye hihihi...
ReplyDeleteIlmu seks senang nak di ajar dr rumah bersama ayah ibu..tp ragu2 bila di sek yg akan di ajar oleh cikgu kalau anak kita tak faham mcm ni..ermmm kan kan
ReplyDeleteOh! Yaya....
ReplyDeleteOh! Bonda.. kikikiki (ketawa sopan sambil tangan tutup mulut)
Kita lalui situasi yang sama kui3 :D
Assalam kak,owh yaya panggei bonda eks..Akak igt lagi sy time kecik dulu pernah la tanya mak sy,mak bersetubuh tuh apa,mak sy jawab kena p tanya ustazah,hihi..Padahal mmg ustazah nak ajar,saja blk tanya mak,nak tauapa jwpan mak,hihi..Nakal kan..Segan gak kalo nak trng kat ank2 pasai benda nih kan,tapi kita mmg kena terangkan juga kan kak..
ReplyDeletehehehe..kena terangkan betul2 tu
ReplyDeleteAnak dah besar mesti tanya yang bukan-bukankan....hihihi
ReplyDeletefollow sini..
http://hairuliza-anakku.blogspot.com/
Kak Azatie, tanya ayah?? Kalu ank lelaki bleh suruh tnya ayah, msti ayah pun blur tak tahu nak jwb apa.. hehe
ReplyDeleteZuliana, meh kita minta ilmu dgn Kak Ilah JY ngan Sis Lin, hehe
ReplyDeleteSis Lin, anak Sis Lin dah besar2, blehlah kita nak tuntut ilmu ni, cara terbaik mnerangkan pd anak.. kongsilah sikit dlm blog Sis..
ReplyDeleteOh Oeya, hahaha.. Adam pun tanya eh.. hihi
ReplyDeleteZaliedana, tula, akak rasa ustazah dah terangkan sbnrnya, sajalah tu dia nak tanya ngan maknya, nakal mcm Zaliedana jugak nih.. nak mengenakan mak ya.. huhu
ReplyDeleteIla, terangkan betul2 tulah yg susah, haha
ReplyDeleteCik Rose, ialah.. dah pandai bertanya macam2, hihi
ReplyDeletemacam mana yek kalau my anak perempuan pun tanya benda yg sama satu hari nanti....
ReplyDeletehihihi.. teringat anak2 akk msa diaorg kecik2 dulu.. akk ajar ank mcm mak akk ajar akk.. hihihi.. baby kuar ikut pusat.. cara paling mudah jwp soalan n terus tak da tanya2 lagi.. hahahaha...
ReplyDeleteperlunya penjelasan yang baik... ehehe
ReplyDeletebetul la kak susah utk diterangkan tu ..apapun lelama nanti bila dia dah matang dia akan tau sendiri juga nanti:)
ReplyDeleteAssallamualaikum Yus..
ReplyDeleteKui..kui..kui.. soalah power tu..hehehe.. Agak2nya kan, kalau di sekolah kalau anak2 kita tanya soalan cam tu pada cikgu dia, apa jawapan yg dia org dapat eh?
Zuwaidah, mcm sy punya jwpn jugaklah kot, hihi
ReplyDeleteKak Dzana, hahaha, mak sy pun dulu kata kami keluar ikut pusat, huhu
ReplyDeleteGen2merah, akn dijelaskan nt, cuma hari tu mcm terkejut skejap bila disoal, hihi
ReplyDeleteNieza, mcm kita jugakkan, bila dah matang, tau sndiri, hihi
ReplyDeleteNaz, cikgu tersipu2lah kot. Tapi ada mmber kata, sek agama skrg mmg nt cikgu akn explain sejelas2nya, mgkin yaya belum smpi bab tu, urmm
ReplyDelete