TENGAH-TENGAHARI nampaknya ramai yang mengantuk dan tersengguk-sengguk, tambahan pula perut yang tadinya keroncong kini sudah tukar lagu, kata orang, 'Gendang-gendut tali kecapi.. (sila sambung sendiri.. hihi).
Haaa, ini juadah yang telahpun dihadam pada Sabtu lepas. Hati teringin nak mencuba resepi Nasi Oren dari rumah Zuliana Siti Hawa Bidadari Syurga (Zuliana makan bersama Ayam Rosemary). Yaya minat sungguh dengan nasi oren ni, terus dia tukar biodata makanan kegemarannya nasi oren. Siap bawa bekal masa pergi tuisyen malam tu, hihi. Alah, Yaya.. apapun yang bonda masak, semua feberet Yaya kan, lagilah kalau dimakan bersama lauk kari dan kari daging ni pun permintaan dari Yaya juga. Dah namanya anak mamak kan (realitinya ER bukan mamak seperti sangkaan ramai). Yaya kalau makan kari, sampai menghirup kuah, heiiiiiii, anak sapelah tu ya, huhu.
Kepada Yana, akak nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi Nasi Oren ni, memang bestlah Yana. Bau oren tu menambah selera makan, siap bertambah-tambah lagi tau. Sayangnya stok kismis dah habis tabur kat kek lapis anggun hari tu, jadi agak kuranglah serinya.
Kepada Zack juga yang menjadi sumber Yana, terima kasih, izinkan akak kongsi kat sini pula ya.
Nasi Oren
Resepi : Zack
Sumber : Siti Hawa Bidadari Syurga
Bahan-bahan :-
- 4 cup beras/beras basmathi (kalau guna beras biasa cuci bersih dan rendam beras selama 1/2 jam)
- 5 biji bawang merah dan 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 4 helai daun pandan
- 2 biji buah oren sunkist (diparut kulit dan diperah jusnya)
- Kismis (1 kotak kecil)
- 50g butter
- 2 inci halia
- 1 kiub ayam
- Sedikit pewarna kuning ~ optional
- Garam secukup rasa
Cara-cara :-
- Panaskan butter dan tumis bawang merah dan putih yg telah dikisar
- Masukkan daun pandan
- Masukkan kiub ayam
- Bila dah hampir garing dan berbau wangi masukkan sedikit air
- Masukkan kulit oren yg siap diparut dan perahan jus oren
- Masukkan garam secukup rasa
- Masukkan sedikit pewarna kuning
- Masukkan kismis
- Masukkan tumisan tadi dalam beras yang siap dicuci
- Masak nasi seperti biasa
Kak Sari, sedapnya....Nak sikit :))
ReplyDeletehehe, sila.. sila Yana
ReplyDeleteMacam mana la rasanya nasi oren tu yek..ermmmm
ReplyDeletennti Lin nak cuba laaa.. :)
jom serbu rumah sari hehehehehe
ReplyDeletekak sari.. tun xleh imagine rasa nasi campur ngan oren. mcm pelik je bunyi dia.. hehe.. tp akak buat mcm sedap.
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeletemacam mana rasa nasi oren ni..mesti sedapkan..1st time npk nasi macam ni..
Sari...baru pertama kali dengar nasi oren...hehehe
ReplyDeleteSis Lin, cubalah, bau oren tmbh selera
ReplyDeleteKak Zuwaidah, jom jom jom!!
ReplyDeleteTun Telani, ha, tu yg Tun kena cuba tu
ReplyDeleteAdy, jom buat, nak tngok kat umah Ady plak nasi oren ni
ReplyDeleteKak Anie, nt kita buat nasi epal plak ya, hihi
ReplyDeletemenarik juga nasi oren ni kak....lenkali blh cuba lah...
ReplyDeletesalam singgah
ReplyDeletemesti wangi nasi ni sebab ada oren sunkist...lain dr yg lain
dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com
Alaaa.. alaaa.. Yaya.. comeiii..
ReplyDeleteNasi oren.. adededeiii.. tirgudaaaa tawww!!
Assalam kak,sy pon cam tun xleh nak imejin da letak oren lam nasi,mesti harum n sedap sgt lah nih,sbb tuh si yaya suka sgt..Akak sy pon sebenaqnya mati2 igt ER akak tuh mamak,Kira yaya ank mamak,hihi..Rupanya silap eks..Huhu..Sorry kak..
ReplyDelete