KOKO JELLY SQUARE

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

ASSALAMUALAIKUM wbt

HAAAA!
Inilah akibat terlampau derhaka, nasib baik tak ada yang patah gigi.. kih kih kih...

Bila Kak Azlita Masam Manis menayang Maltesers Square di sini, maka saya pun verangan terlebihlah nak mencuba. Tambahan pula timbunan biskut-biskut yang banyak di rumah ni yang tak terhabis-habis. Maklumlah, rakyat dalam rumah ni kalau ada biskut memang tak dipandang, lainlah roti, sekejap saja habis, asyik membeli roti, roti dan roti. Sebab, roti kami letak di luar kabinet, biskut dalam kabinet, dalam tin jadi tak nampak, sebab tulah sering dilupakan.. hehehe. Jadi sementelah pula ada stok coklat masak yang telah dibuka (belum buka pun ada) maka sekonyong-konyong saya pun terbayanglah nak menghasilkan Maltesers Square ni tapi nak gantikan dengan koko jelly sebab koko jelly yang ER beli untuk Yaya pun tak habis dimakannya sorang. Ada juga saya bagi pada anak saudara yang datang beraya, pun masih banyak lagi sehingga Yaya naik jemu, fikir-fikir modified masuk dalam adunan resepi dari DailyDelicious ini.

Lepas tu, bila dah siap, mak aih! Keras jadinya koko jelly tu bila masuk peti ais. Nasib baik tak sompek gigi menggigit tapi bahagian biskut tu sedap sangat.. betulllllll.. tak percaya, cer try buat. Yaya siap cakap, kalau bonda guna Maltesers lagi sedap. Ialah, anaknda, nanti bonda buat lagi guna maltesers ya. Bukan apa, maltesers tu 150gm jer dah RM8++, tu yang fikir 33X... kih kih kih..

Kepada Kak Ita dan Dailydelicious, terima kasih kerana berkongsi resepi yang sekelip mata siap ni. Nanti lain kali saya akan buat Maltesers Square yang original di Alam Sari, InsyaAllah..

Koko Jelly Square
Adaptasi dari :
Maltesers Square
Resepi : DailyDelicious
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan :
100 gm butter
200 gm coklat masakan dipotong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225 gm Digestive biskut - dikisar halus - Saya macam Kak Ita guna biskut marie
225 gm Koko Jelly (asalnya Maltesers)

Cara-cara:
  1. Kisarkan biskut hingga halus.
  2. Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
  3. Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut. Matikan api.
  4. Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hingga rata. Kemudian masukkan koko jelly dan kacau cepat supaya coklat pada koko jelly tidak cair.
  5. Untuk mengelakkan koko jelly cepat cair masukkan dulu dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.
  6. Tuangkan dalam loyang dan ratakan.
Kak Ita hiaskan atasnya dengan maltesers, saya tak buat pasal bahan tak cukup, koko jelly ngam-ngam jer, hihi.



Nota : Mesti nak buat juga Maltesers Square pasal dah janji dengan Yaya.. huhu
Tags

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mmg la guna maltesers sedap kak.. tp kan, kalau beli maltesers tu xde nyer jd square nih sbb kompom tgh jalan dlm kereta tu dh tinggal separuh masuk mulut.. haha

    ReplyDelete
  2. AS-SALAM
    SEDAPNYE KOKO JELLY SQUARE TU..ANAK MESTI SUKA NI..

    ReplyDelete
  3. kak yus...jujur lia b'tau..lia x penah makan maltesers tu kak...siyes...1st time nampak kat blog kak ita tu lah...sian kan....

    klu pi shopping n lia jumpa kompom lia sambar..nak jg rasa kesedapannya...

    ReplyDelete
  4. sama ler, tak pernah makan lagi maltesers nih....heheheeh ketinggalan ketapi selalu!!

    ReplyDelete
  5. lalalalalalalalalalalalala..

    lalalalalalalalalalalalala..

    lalalalalalalalalalalalala..

    Saya sedang suka hati.. lalalala..

    sebabbbbbbb...

    posing resepi semakin menarik hati.. lalalala..

    ditambah pula resepi meriah cekelet begini.. lalalala..

    :)

    :)

    :)




    *beginilah antara cara saya mengurang stress yang mengumpali otak kanan dan kiri.. lalalalalala :D

    ReplyDelete
  6. mak aiiii...nak sebut pun tergeliat lidah....
    hantar2 la sikit..:)

    ReplyDelete
  7. Yus, tak tau nak cakap apa.. nak senyum jer..:) :) :)

    ReplyDelete
  8. Tun Telani, itu mcm kena beli 4 bungkus la, tiga buat square, satu buat jajan, hehe

    ReplyDelete
  9. Ady, anak suka, mak lagiiiiiiiiiiiii suka! hihi

    ReplyDelete
  10. Mamamya, sambar jgn tak sambar, tapi rasanya Lia kena sambar 5 bungkus baru cukup, hihi

    ReplyDelete
  11. Kak Zuwaidah, tak ruginya kak kalu tak pnah makan, bkn jadi mslh besar pun.. :-)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!