ASSALAMUALAIKUM wbt
TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!
WATCHA!! Lamanya kita tak bersua muka.. lamanya Puan Sari ni menyepi tanpa berita ya.. ahakz! Sungguh tidak setianya saya.. tak tahu kenapa penyakit malas ini semakin menjadi-jadi selepas Aidilfitri, mungkin benar kata Oeya Oh Oeya, terlalu banyak mentega dan santan membuat diri ini sungguh tidak produktif mengentri, kih kih kih.
Apa cerita Puan Sari??
Sebenarnya kalau diikutkan hati, seperti ingin menguburkan Alam Sari ini yang ibarat hidupnya segan matinya tidak.. hihi.. Namun, apabila saya perhatikan masih ada yang sudi berkunjung sama ada untuk membaca cerita atau mengintai resepi, rasa macam tidak sampai hati. Ilmu memasak saya ini walaupun kurang tetapi rasanya berguna juga bagi adik-adik yang masih terkial-kial mencari resepi penambat hati suami atau penyedap tekak sendiri, ye tak? Hihi. Walaupun ia bukanlah resepi ciptaan sendiri, dalam dunia blog masakan ini kadang-kadang ada yang kita terlepas pandang, sebab itu perlu adanya link supaya kita dapat mencungkil sejarah dari mana resepi itu didapati.. sama ada asalnya turun-temurun nenek moyang sendiri atau dari kawan-kawan yang sudi berkongsi. Tapi.. yang penting, resepi itu harus dicuba dahulu di dapur Alam Sari. Amat pantang bagi saya jika suka-suki mengambil gambar di blog orang dan menipu mengatakan dimasak sendiri, aduhai! Dan manusia macam ini memang wujud, pelik sungguh ku pelik kerana mereka ini species yang kurang malu agaknya, hihi...
Puan Sari tak memasak lagikah??
Hik hik.. entah kenapa penyakit mengambil gambar makanan dah berjangkit kepada sang suami. Kalau dulu beliau sering menyakat saya yang sedang tertonggeng-tonggeng mencari posisi yang sesuai, kali ni saya pulak yang menyakat dia menayang muka di depan kamera. Hahaha, baru dia tau, kali ni dia pulak yang terngelak-ngelak agar wajah isterinya yang jelita ini tidak termasuk frame sekali, ahakz! Kalau dulu dua beranak ini (ER & Yaya) duduk melangut menongkat dagu di meja menunggu saya menjalankan fotoshoot kini semuanya dah terbalik. Jadi, bagi yang bertanya, kenapa Puan Sari dah tak masak-masak macam dulu, ingin saya nyatakan, minat memasak tidak pernah pudar cuma minat mengambil gambar masakan yang kian meredum, adeh!
Gila memuding..
Entah mengapa dan kenapa, sejak akhir-akhir ini saya gila betul memuding. Berpeket-peket serbuk agar-agar dibeli dari kedai runcit Aunty berhampiran pejabat encik suami. Saya sangat sayang dengan aunty ini yang selalu memberi saya diskaun atas apa yang dibeli. Sampai saya cakap dengan ER, itu aunty saya.. kih kih kih. Bertaut kening ER dengan keperasanan saya ni, bila pulak bini aku ada makcik Cina, hehehehe.
Dan untuk episod-episod akan datang, nantikan kemunculan produk-produk dari Alam Sari. Lappy di rumah, telah siap ku susun di tepi agar senang untuk berimaginasi.. hehehe..
Salam Sayang & Rindu...
Nota : Kira berapa banyak huruf I ada dalam entry ini.. takde hadiah, cuma boleh meningkatkan kecerahan penglihatan, kih kih kih.
p/s: Gambar tak nak masuklah.. jadi tak ada gambar untuk entri pemanasan ini... :-(
kak yus..
ReplyDeletetak sabo nk tunggu kemunculan puding2 akak tu..
cepat2 yerk..he3
Yus... kalau akak yang memuding... akak jugak yang makan sorang... anak2 tak suka puding... kecuali dadih... hehehe
ReplyDeletewahhhh....i likeee..mesti b'deret2 n3 puding lps ni kan...waawwieee...
ReplyDeleterindunya kak yus...lama x bersiaran nie :)
ReplyDeleteweee~~~ dh start warm up.. jgn tunggu lama2 takut nnti ter'suam' pulak, pastu susah nk warm up semula. hihi
ReplyDeleteassalam yus..selamat kembali..
ReplyDeleteHihi.. kalau angka di timbang digital tak mau turun, mulalah cari alasan kita ni.. dah tak pasal-pasal butter dan santan dijadikan punca, padahal sendiri yg mau makannn kui3
ReplyDeletesedang membaca dari episod ke episod yang lain, senyum sorang saya di ofis nih...hehehehehe
ReplyDeleteresipi berguna bukan setakat adik2 yg terkial2 belajar memasak, tapi berguna jugak utk org tua mcm kak zu ni yg tak pandai masak huhuhuhu