MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, July 25, 2013

CHEESE CADBURY... BISKUT RAYA PERTAMAKU

ASSALAMUALAIKUM...


ENTAH kenapa keterujaan Seri Kandi mencanak-canak tingginya apabila melihat kawan-kawan menayangkan Biskut Cheese Cadbury ini sebagai promosi jualan di mukabuku. Yang peliknya, tengok biskut-biskut raya yang lain tak heran pula. Coklat cadbury comel sebiji-sebiji bertenggek atas biskut tu betul-betul membuat SK terliur. Dah namapun promosi mana mungkin disertakan dengan resepi. Maka gigihlah SK menggoogle dan hati SK terus tertarik  resepi dari blog Chef Zack Zachoes yang jauh di Tawau, Sabah. Sejak diperkenalkan dengan blog ini oleh seorang teman sekerja, blog chef berhati waja ini memang selalu menjadi halwa mata SK. Pendek kata memang banyak sangat ilmu yang dikongsikan chef yang sebenarnya berlatarkan pendidikan dalam bidang elektrik ni, hebat betullah Chef Zack nikan.



Namun, hasrat murni SK terpendam begitu sahaja kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugasan lain yang lebih penting. Selain meladeni tempahan si comel cheese tart yang menjadi nadi bisnes SK, SK juga sibuk melayan anak tekak rakyat jelata dalam rumah SK ni. Bukan sahaja anak tekak tapi kena jugaklah mengubat kegatalan tapak kaki mereka-mereka tu yang asyik nak berjalan saja kerjanya... agagaga.. Alhamdulillah, semalam akhirnya tercapai juga hajat di hati SK ni yang tertangguh kelmarin gara-gara terlupa yang stok 'cream cheese' SK dah habis.. Aikk!! Cemana tu, tauke cistat habis stok cheese... hohoho.. dalam kehidupan segalanya mungkin tuan-puan. Semalam juga baru SK teringat yang SK terlupa nak beli shortening. Aaaaaaaa.. belasah jerlah buat tanpa shortening tapi SK doublekan penggunaan cheese dalam resepi ini. Gula, tepung semua pun SK tak timbang langsung.. pakai taram jer sampai jadi doh. Jadi, sesiapa yang nak mencuba, di sini SK salin semula resepi dari Chef Zack dan SK ikut cara Blogger Ummiesya dengan meletakkan strawberry emulco dan pewarna pink dalam bancuhan SK... sedappppp!!! Cuma coklat SK agak menggerutu sikit mungkin kerana terlebih bakar kot. SK buat 30 biji jer malam tadi sebab tak jumpa coklat cadbury dalam botol tu, hari ni nak cari lagi.. ;-))))))


Biskut Cheese Cadbury
Sumber : Chef Zack & fb Zalieda Zaliedana

Bahan A

  • 180gm mentega
  • 80gm shortening (SK tak letak pasal tak ada)
  • 90gm gula icing (SK letak 5 sudu besar)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan esen vanila
  • 70gm cream cheese (SK letak 160gm)
  • SK tambah 1 sudu makan strawberry emulco dan sedikit pewarna pink
Bahan B
  • 400gm tepung gandum
  • 80gm tepung jagung
  • SK tambah 3 sudu besar tepung red rose
Bahan C
  • 1 botol coklat Cadbury - 200 pcs (simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan untuk mudahkan kerja)
  • putih telur, untuk sapu
 
 
Cara membuatnya:
1. Pukul Bahan A hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan Bahan B. Gaul rata. Cara SK, masukkan tepung jagung dan tepung red rose dulu, kemudian masukkan sebahagian tepung gandum. Uli sambil tambah tepung gandum sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan. Kalau dah tak melekat jer berhenti letak tepung. Biar adunan lembab-lembab tapi tak melekat.
3. Rehatkan selama 15-30 minit di dalam peti sejuk untuk senang terap.
4. Canai doh di antara dua kepingan plastik kemudian potong atau terap adunan mengikut saiz dan ketebalan lebih kurang coklat Cadbury dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit dgn suhu 150-160C, api atas-bawah, rak tengah (note: 5 minit terakhir tu pusingkan tray untuk pembakaran sekata).
5. Keluarkan tray, sapu sedikit putih telur atas biskut dan letakkan coklat cadbury. Bakar lagi 5 minit hingga bawah dan keliling biskut kelihatan perang, guna api atas-bawah, rak paling bawah.
6. Sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara berlayerkan baking paper (untuk serap lebihan minyak).
 
Selamat mencuba :-)))))

p/s Boleh tolong SK tak.. tolong sikitttttttttttt jer.. tolong pergi ke link INI dan tekan like gambar SK yang ada kat situ ya... tolonglah.. tolonglah... tolonglahhhhhhhhhhhh!!!

18 comments:

  1. Assalam Sari, adusss terguda sungguh dgn sekuk ni, mesti sedap n mewah coklat, kalo kat umah akk sebelum jadi biskut dah tinggal balang coklat huhuhu,

    ReplyDelete
  2. Ishh...saya sangat kagum dengan akak....

    ReplyDelete
  3. wah kak..menu baru yer,sedapnya ngan coklat cadbury tu..

    ReplyDelete
  4. Biskut ni dah tyg kat Zaliedana blog kan? Org rajin bolehlah buat, kita ni mmg takde seni sgt psl biskut.
    Nak jwb kemusykilan SK tu, dulu2 masa kat Kajang, kakpb mmg jual kuih kat sekolah cikgu fahmi. Selalu buat kuih cara. Dah pindah sabah kan hampir 5 tahun, gantung acuan ler. Mmg biasa buat tapi dah bertahun acuan dlm almari. Faham tak?

    ReplyDelete
  5. Nak try nak try...fenomena kukis nie dah menyerang!

    ReplyDelete
  6. TQ seri..satu masa dulu pernah cari resepi biskut ni tp x de dan lps tu lama2 lupa. Bolehlah cuba resepi yg ini pula.

    ReplyDelete
  7. salam.. buat berair mulut di pagi2 puasa ni.. erm, kita tahu biskut tunjuk je kak.. nak buat x pandai

    ReplyDelete
  8. Alahai kalau buat ni mesti anak2 suka.

    ReplyDelete
  9. akak belum mula buat apa pun lagi...igt esok baru nak pi beli segala bahan2..

    ReplyDelete
  10. Assalam kak..klo nk nmpk cantik x menggerutu prmukaan bskut tu,akak bkar dlu tnpa cklt lma cikit.pastu wak klr n bru ltak cklt n bakar lagi..
    kak Zana fahmi..sy xltk rcp kat blog lagi kak..lma gile xupdate blog kak.hihi.ltak rcp kat fb ja..
    utk yg nk try bskut nih leh la g bli cklt cadbury yg blang kat mydin sbb weekend baru ni sy g bli lgi..omakkk aiii murahhh u..ade ofer..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..
    salam kenal.. saya baru follow kat sini.. nampak biskut ni tadi kat umah my kuali kak rose.. :) terus singgah.. :)
    nampak menggiurkan biskut sini.. sbb ada coklat..

    ReplyDelete
  12. Ni yang buat Lin rasa gigih nak buat kuih raya even dalam pantang pon (*______*)" Kongsi resepi banyak-banyak sikit kak.

    ReplyDelete
  13. Oh cantik dan teruja jugalah kakak tengok. Coklatnya boleh tahan lamalah kalau boleh masuk balang macam tu ye... Kakak takut lembik je dgn suhu biasa.

    ReplyDelete
  14. yeay ada resepi!!! boleh terai!!! thank you akak!!

    ReplyDelete
  15. Hamboiiii dah siap dah kuih raya dia leh arr dtg raye nnt ek hehheheh :)

    ReplyDelete
  16. Nak carik penerap pn Jenuh..huhu

    ReplyDelete
  17. Mane Nak beli ye KAk..huhu..sy Dh Jenuh mencari penerap bentuk gitu..xjmpe

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...