MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, July 8, 2013

MEE BANDUNG BATU PAHAT

ASSALAMUALAIKUM...

"NAK makan mee bandung tak?" ajak adinda Seri Kandi malam tadi selepas habis kami mencuci mata di DIY, IOI Mall, Kulai.

"Boleh juga," SK setuju. Iman Fatiha mengangguk laju-laju. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari :p

"Dekat mana?" SK ingin tahu sebab SK yang bawa kereta. Bolehlah SK bayang-bayangkan arah mana nak pulas stereng nanti.

"Dekat sebelah Masjid Saleng tu," ooo.. lokasi yang selalu SK pergi sebab atas sikit dari Masjid Saleng tu adalah rumah sahabat baik SK, hehehehe. 'Iena, rindulah kat koooo...'

Kami tidak menunggu lama menempah pesanan. Tak perlu lama memikir kerana kebanyakan orang yang datang ke sini memang nak makan mee bandung. Tertera menu Mee Bandung Batu Pahat pada papan tanda di depan kedai. Lari dari kebiasaan sebab sesetengah warung atau restoran lebih suka mempromosikan Mee Bandung Muar.

Pada mulanya, SK malas nak ambil gambar atau mempromosikan kedai yang terletak beberapa meter dari kuil hindu ini. Tetapi, suapan pertama membuatkan SK mengubah fikiran. Pernah dulu SK diberitahu yang membezakan mee bandung Muar dan mee bandung Batu Pahat adalah tambahan kacang tanah yang dikisar di dalam bahan kuahnya. Mee Bandung yang SK makan malam tadi tidak mengandungi kacang tanah kisar. Mungkin itu adalah identiti sebenar Mee Bandung Batu Pahat yang membezakannya dengan Mee Bandung Muar.

Terbaikkk! SK rasa ini adalah antara mee bandung yang tersedap SK pernah makan dan SK berani cadangkan kepada peminat-peminat mee bandung untuk mencuba keenakan mee bandung di sini. Bagaimana ke sini? Anda cuma perlu menghala ke arah Masjid Saleng (Kulai) dan tuju ke lorong yang menghala ke TJ Mart. Gerai ini berada di sebelah kiri anda (jika anda datang dari arah Masjid Saleng).



p/s : SK menghirup kuah mee bandung sehingga ke titisan nafas yang terakhir :-)))))))

4 comments:

  1. Rupanya ada beza ya mee bandung Muar dan mee bandung Batu Pahat. Selalu dengar mee bandung Muar je pun.

    ReplyDelete
  2. oh...jauhnya nak pgi....nmpk sedap tu....

    ReplyDelete
  3. Oh... kakak tahu tempat ini tapi belum pernah makan lagi. Tunggu lepas rayalah nampak gayanya:)

    ReplyDelete
  4. Hmmmm mana tahu kot2 tersesat di situ nanti, bolehlah singgah makan.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...