MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, January 26, 2015

KARI DAGING BR1M

Assalamualaikum...


MINGGU lepas macam biasa Sk pergi ke rumah Angah. Siapa yang biasa baca blog ini tentu tahu yang ibu Sk tinggal dengan Angah. Ceritanya masa hari jadi Iman tu.. adik Sk plan nak makan asam pedas. Iman pun mengharaplah. Jadi bila tahu yang cucu tu teringin nak asam pedas nenek, ibu suruh Sk singgah lagi di hari lain ambil asam pedas. Lepas tu ibu cakap, ada kari daging semalam.. nak tak? Mula Sk jual mahallah.. bukan apa, segan jugak asyik ambil lauk kan.. tapi ibu paksa jugak ambil. Alang-alang ibu bagi banyak.. jadi Sk pelawa ibu dan Angah datang sarapan esoknya. Sk buat roti jala dan panaskan kari daging. Sementara tunggu diorang datang.. Sk sarapanlah dulu dengan ER. Lepas tu, ER cakap...


"Kenapa kari bonda tak sama dengan kari mak (ibu)?

"Kenapa.. kari bonda tak sedap ke?"

"Tak sedap.. (gaya berseloroh)"

"Ooo.. cenggitu pergilah duduk rumah mak," gurau Sk. 

ER gelak-gelak.. saja jerkan menyakat. Tapi memang betul kot. Walaupun Sk rasa kari Sk sedap jugaklah.. hahahah.. tapi tak setanding dengan kari ibu. Sampai anak mamak ni pun mengakui kari ibu adalah antara kari tersedap yang dia pernah jumpa.


Haaa.. inilah dia roti jala Sk. Bukan susah pun menjala ni. Resepi pun sangat mudah dan gerenti jadi. Piawaiannya sukatan tepung mesti sama banyak dengan sukatan cecair. 


Jadi.. Sk pun ceritalah dengan ibu yang menantu dok puji kqri ibu tu. Amboiii.. ibu cakap dengan Iman, "Nenek dah dapat duit BR1M. Nanti nenek belanja kari daging pasal babah puji karing daging nenek." Hahahahaha.. sekali nenek belanja sekilo kari daging. Boleh makan berapa hari ek???


Apa yang Sk perhatikan bila ibu memasak kari, bawang digunakan dengan banyak. Yang mayang halus lain. Yang potong baji lain. Yang tumbuk halus lain. Ibu juga  memasukkan sedikit cili kering yang dikisar, serai, halia dan rempah tumis. Ibu biasanya akan masukkan santan cair dulu.. nanti dah mendidih barulah masukkan santan pekat. Sk pulak kalau masak haruslah main lebur. Tak cukup kasih sayang kot.. patutlah tak sesedap air tangan ibu.

Terima kasih ibu ♡♡♡

5 comments:

  1. assalamualaikum Seri, rupanya kaknoor blum follow u lagi hehe, kari tu nampak menyerlah kesedapan nya, betul lah tu kari orang lama ni guna banyak bawang rahsia kesedapan tu, jugak guna cili kering utk merahkan nya, kaknoor pun guna serai lengkuas segala kalau kari daging hehe baru lah ada ummphh

    ReplyDelete
  2. Tak aciii , nak rasa jugakkkkkk... huhuuuu

    ReplyDelete
  3. Itulah ibu masak ada cara walau bahan diguna sama dgn kita
    Kita lebur semacam, ibu masuk step-by-step dan bahan dibuat hatta bawang pun asing-asing
    Kakak jadi kecur dibuatnya SK.

    ReplyDelete
  4. wah.. byk keje dan remeh yer SK.. patutlah sedap.. berbaloi dgn penyediaannya..

    ReplyDelete
  5. Tapi kalau dapat masak sama macam mak punya, satu kejayaan besar kan kak. Saya setakat ni....satu pun belum berjaya lagi..hehehehe.

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

KEK OH KEK!

Assalamualaikum... DAH sarapan ke tu? Sk ni dah dua hari berturut-turut sarapan dengan kek yang superrr duperrrr jelita. Meh tayang sikit...