MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, January 2, 2015

SOTONG GORENG TELUR MASIN

ASSALAMUALAIKUM...

HI... KABARE??? Hehehehe... lama tak bersiaran tiba-tiba muncul dengan resepi ya. Ala... Sk kan memang macam tu... huhuhu. Tak tahu sebenarnya macam mana nak mulakan menulis balik ni. Masih terkesan dengan musibah banjir yang melanda sahabat-sahabat di Pantai Timur. Dan belumpun kebah demam kehilangan MH370 dan MH17.. kita dikejutkan pula dengan kehilangan pesawat dari negara jiran. Walaupun cuma pesawat dari negara jiran tapi amat dekat di hati bagi mereka yang selalu terbang dengan Air Asia. Sampai dah tak berani nak ke mana-mana dengan pesawat. Bukan... bukan Sk takut mati (amboiii... menipu tak takut mati.. macam banyak pahala ya). Yang sebenarnya Sk takut kehilangan. Salam takziah kepada semua yang terlibat.

Sotong Goreng Telur Masin ini Sk tiru dari satu video yang dikongsikan rakan facebook. Tapi masa tu Sk lupa nak share link-nya ke dalam 'wall' Sk. Jadi.. Sk main ingat-ingat jerlah resepi tu dan kaaaalau tak silap Sk video dari TryMasak. Bila google-google balik dah tak jumpa pulak video tu. Nasib baiklah semua bahan-bahan yang digunakan dalam resepi tersangat mudah dan tak perlu nak disukat-sukat sangat macam kita buat kek tu. Hasil hentam-hentam di dapur akhirnya dapat menikmati Sotong Goreng Telur Masin yang sedap dan enak diratah begitu sahaja. Jom tengok resepi...


Sotong Goreng Telur Masin

5 ekor sotong sederhana besar
2 sudu besar tepung jagung
1 sk serbuk lada sulah
1 sk serbuk lada hitam
1 beg plastik kecil
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bersihkan sotong... kemudian potong cincin atau bulat-bulat.
Masukkan tepung jagung, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam ke dalam plastik.
Masukkan sotong tadi ke dalam plastik yang mengandungi tepung tu.. kemudian goncanglah atau ramas sedikit plastik tu sampai semua sotong disaluti tepung. Lepas tu keluarkan sotong dan sedia untuk di goreng.
Panaskan minyak dulu.. kemudian goreng sotong. Jangan goreng lama anggaran 4 - 5 minit sahaja.
Toskan sotong atas penapis.. jangan letak di atas tisu dapur ya nanti ia akan lembik.

Sedikit minyak untuk menumis.
1 sudu besar mentega
1 biji kuning telur masin (yang sudah direbus)
3 ulas bawang putih dicincang kasar
5 tangkai cili padi dicincang kasar
2 tangkai daun kaki.. lurutkan daunnya sahaja

Panaskan sedikit minyak dalam kuali
Masukkan mentega.. biarkan cair sedikit
kemudian tumis bawang putih sehingga naik bau
Masukkan telur masin. Hancurkan dalam kuali sambil digaul rata bersama mentega
Masukkan cili padi.. terus mengacau sehingga ia berbuih dan kembang
Masukkan sotong goreng tadi.
Besarkan api.. kacau cepat-cepat sehingga campuran telur dan mentega menyelaputi keseluruhan sotong.
Masukkan daun kari sambil terus mengacau.
Tutup api dan sedia untuk dihidang.

terima kasih TryMasak!!

7 comments:

  1. sedapnya sotong goreng telur masin....selalu mkn ketam telur masin tu pun kt kedai...hihihi

    ReplyDelete
  2. Tak pernah CH buat SK.. nanti nak cubalah.. tq share resepi..

    ReplyDelete
  3. sedapnya Seri sutun fav kaknoor apa lagi campur telur masin very the fav hahaha

    ReplyDelete
  4. oo macam masak ketam telur masin je

    ReplyDelete
  5. sedap2... huh,,terliur.... hihihiih

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...