MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui panggilan, sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidiladha aidilfitri ais krim apa cerita apam apom arab art street asam pedas asyura award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel berkelah bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI boat noodle Boboiyot bola Bono boycott buah bubur bulan burasak burger cake in jar cendawan cendol cerita bersiri chocolate lava churros Cik Lang coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut drama drama bersiri durian embun evaros fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah hotel ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kacang kad kaki kambing kangkung Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga Kemahkotaan kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron madu makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk murtabak muzium myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod Ponti popiah premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sandwich sardin sate sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah teater Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel thailand tinggi tmj tomato tomyam tortilla tudung tulang Tunku Jalil twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan ulasan buku untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Tuesday, June 23, 2015

SANDWICH BAR

Assalamualaikum..
 
PENGHUJUNG-PENGHUJUNG Sya'ban sebelum menempuh Ramadan,
tekak ni memang asyik nak makan masakan omputeh aje. Kali ini, Sk mengajak Encik Rizar ke Sandwich Bar yang terletak di Taman Melodi, Kebun Teh. Yang sebetulnya, sebelumnya tu ER yang asyik menyebut-nyebut Sandwich Bar ni tapi masa tu tutup pulak perniagaannya. Bila dah disebut-sebut, Sk pulak yang melebih asyik teringat-ingat ;p 
 
Ini kali pertama kami ke sini dan tak pasti di mana sebenarnya lokasi sebenar Taman Melodi. Kebun Teh tu tahu jugak, jadi kita gunakan GPS berdasarkan alamat yang tertera dalam FB Page Sandwich Bar. Terkejut jugak bila sampai, rupa-rupanya kami memang dah biasa lalu di sini. Dulu, kalau nak tempah piala-piala atau pingat emas untuk kolej memang datang kawasan Jalan Bedara inilah. Tak tahu sejak bila Sandwich Bar ini mula dibuka yang pasti suasananya agak seram jugaklah sebab ni kawasan taman lama dan lagi ada banyak pokok-pokok besar. Nampak agak terpinggir jugaklah dari luar. Suram dan muram gitu.
 
Tapi... tapi... omputeh kata, jangan nilai buku dari kulitnya kan... bila dah masuk, wow.. terpana seketika dengan dekorasi dalaman di Sandwich Bar. Ya, macam pernah Sk ceritakan, cafe-cafe yang muncul macam cendawan lepas hujan ini banyak menggunakan konsep retro dan klasik lagi rustic. Khayal dibuatnya sampai rasa macam nak belek setiap barangan kecil yang menjadi hiasan dalam cafe. Tapi sebab sifat malu tu menebal jadi kita cuma pandang-pandang dan jeling-jeling sajalahkan..
 
 
Walaupun diluarnya agak suram.. kelam dan muram tapi bila masuk ke dalam terang bijik mata. Pelbagai design meja dan kerusi menghiasi dalaman restoran dan juga sudut untuk kanak-kanak.
 
 
Kalau Sk kecik comey lote memang nak duduk meja ni saja.. hahaha.
 
 
Menarik.. memang menarik.. rasa macam nak datang selalu... tapi..... nanti Sk cerita.. Jeng3!
 
 
Kata-kata yang dibingkai dan digantung berhampiran dengan meja Sk tapi cakap macam tak serupa bikin je.. huhu.
 
 
Apa-apapun.. kita minum dulu!!!
Yang kiri sekali tu ER punya, Lemonade.. yang tengah air kegemaran Iman, Bandung Soda dan yang dalam mug oren tu Honey Lemon, Sk punyalah. Aaaa... ada yang telan-telan ailio nampak!!!
 
 
Nachos adalah wajib okey. Nachos di sini sangat 'simple'. Cuma disiram dengan sos keju, harga pun tak mahal cuma RM3 cukuplah untuk 3 orang makan.
 
 
Haaa.. dah sampai pun. Dah namanya Sandwich Bar kan, jadi mari kita 'order' sandwich. Rupanya setiap sandwich memang dihidang siap dengan nachos. Yang ini adalah Beef Pepperoni. Roti Sandwich yang tebal dan gebu lagi sedap dihidangkan bersama kepingan daging dan pepperoni. Turut disertakan sos lada hitam secara asing, jadi ikut kitalah nak letak atau tak. Harga set ini RM13.50. Dagingnya tu boleh tahan tak berapa nak empuk jugaklah sampai nak runtuh meja tengok ER nak memotongnya, hahaha. Nak bagi berapa bintang ER?? Dia kata 2 sudah. Erkkkk!!
 
 
 Pilihan Sk, Cheesy Beef. Amboiiiii... Sk kalau tak bercheese-cheese tu memang tak sahlah ya. Sebenarnyakan, Sk ni peminat En Mbekkk tapi awal-awal lagi staf SB ni dah bagitahu yang 'lamb' tak ada. Nak pilih tuna.. beef.. tuna.. beef.. tuna.. sekali tersebut beef. Bila Sk potong taklah sampai nak runtuh meja. Alaaa.. berlakon lebih ER tukan. Yang ni satu set (juga dihidang bersama nachos) RM14.50. Bagi Sk keseluruhannya sedap.. tak mengecewakan, Sk bagi 4 bintang.
 
  
  Kali ini, Iman jadi wakil Sk makan pasta. Sk pun keliru sebenarnya tadi nak pasta atau sandwich. Bila Iman kata nak makan Spaghetti Bolognese, Sk pun pilih sandwich.. nanti kita boleh ngecek Iman punyakan...
 
Nama set hidangan pilihan Iman ni ialah Double Jumbo Spaghetti Bolognese with Meatball RM15.00. Pasta direbus sempurna bersama kuah bolognese yang sedap, dihidang bersama dua batang ketul  sosej bersaiz jumbo dan juga beberapa biji bebola daging. Sosej tu agak masin sikit, meatball tu sedap macam meatball Ikea (macam pernah makannn..). Hidangan ni sesuai dikongsi oleh dua orang yang mana sorang tu tak berapa kuat makan. Kalau dua-dua kuat makan macam tak cukup, hihi. Iman kata dia bagi 5 bintang. Wowww!!!
       
  
Eh, lupa tunjuk gambar sebelum makan.. Iman sekarang suka pakai flower crown. Sikit-sikit flower crown.. pening kepala bonda.. urmmm.
 
 
Meh.. meh.. sebab Sk rajin, jom Sk tunjuk menu yang terdapat di SB.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Suratan atau kebetulan gambar ini boleh keluar melintang?? Mungkin tempias dengan layanan yang kami terima dari krew agak menyedihkanla jugak. Tak tahu kenapa muka berlipat 14. Senyum jauh sekali. Mula, Sk fikir Sk jer yang rasa macam tu. Bila dah keluar dari kedai ER terus cakap, tak ingin datang sini lagi. Dahlah masa pulangkan duit baki tu memang tak ada etika langsung. Pakkal aje tau... pakkal ajerrrrr laaaa...
 
Tu sebablah malas nak datang lagi.. urmmm.
 

5 comments:

  1. akak report lah perangai staff tu kat FB page dia...
    kesian kalau perangai staff suram, sama macam exterior kedai nya..hahaha

    area Kebun Teh tu mmg amat amat jarang saya sampai..

    ReplyDelete
  2. Kalau saya mesti dah hilang sabar tu kak

    ReplyDelete
  3. Kalau muka mencuka layan pelanggan, mknn sedap jd hambar tau. Kz lebih pentingkan layanan. Bila rasa mknn tu kureng, terubat jg hati kita jika layanan memuaskan.

    ReplyDelete
  4. Ada kalanya memang menagih kesabaran dlm menanti
    Mungkin tak ramai pelanggan tu yg tak ready..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda Sukakan Ini?