MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, April 22, 2016

PERTEMUAN GENG BAKERS ALOR SETAR & CREAM PUFF GEBUS GEDEBAS

Assalamualaikum...

KADANG-KADANG walaupun kita biasa menyediakan kuih muih sendiri, ada masanya kita hendak juga merasa dan menikmati air tangan orang lain. Sambal belacan pun ada macam-macam rasa sekarang. Tajuk sama.. sambal belacan, tapi cuba panggil sepuluh orang buat sambal belacan, tentu rasanya tak ada yang sama. Semua pun guna cili dan belacan tapi variasinya mungkin berbeza.


Terpegun tak tengok cream puff ni?
Setiap kali nampak cream puff ni lalu di wall fb Sk, setiap kali tulah Sk.. gulp!
Satu kejadian cream puff yang benar-benar memggiurkan di mata Sk. Teringin nak tengok secara live dan menikmati keenakannya. Tapi tuan kedainya jauh di utara.

Memandangkan Sk memang selalu pulang ke Kedah, kadang setahun tu tiga empat kali jugak, memang teringin nak merasa (order). Tapi, kadang bila kita pergi ke sesuatu tempat tu, apa yang kita rancang belum tahu menjadi. Kadang masa tu tak kena, atau kita takut 'partner' kita tak selesa. Mungkjn dia pun ada rancangan dia.. gitu.

Jadi, Sk memang tak berani nak berjanji awal. Selalunya Sk berserah pada takdir dan rezeki. Kata orang, jodoh pertemuan rezeki dan ajal di tangan Allah. Bila nampak geng baker utara, Sukeriah Saari post gambar ni di fb, Sk mencuba nasib. Alkisah, dah habis. Padan muka sendiri yang tak pesan awal-awal. Esoknya pula Su ada kelas cheese tart (Su mengajar), dan akan terus balik ke rumah mak Su.

Bila Sk kata, Sk akan balik pada hari Ahad tengahari, Alhamdulillah. Su sedia buatkan untuk Sk dan hantar pada pagi Ahad tu. Gembira tak terkata. Rasa macam mimpi nampak cream puff bulat-bulat depan mata.. hihi.


Haaa.. inilah tauke cream puff paling gebu di Loq Setaq. Bukan sahaja cream puff, cheese tart Su pun gebu dan montok lain dari yang lain tau. Orang Aloq Setaq silalah order jangan tidak-tidak nanti menyesal. Su boleh dihubungi di talian 0164907667.

Bagi sesiapa yang nak belajar buat cream puff secara PJJ pun boleh.
Terima kasih ya Su sudi buatkan akak cream puff yang sedap sangat. Bayangkan dah petang pun masih bulat dan kental.. langsung tak masuk angin.. best giler!


Dalam masa yang sama memang plan lama dah nak jumpa dengan Zuhaiza.. haaaa.. ni geng bakers lama dah tau. Kami rapat sebab sama-sama bisnes tart dan kami memang selalu berhubung dan berchit chat. Terima kasih Zu sanggup korbankan sedikit masa kerja Zu untuk jumpa akak. Terharu sungguh bila dapat jumpa mereka berdua ni tau. Zu pun dah macam Sk.. dah mula memperlahankan aktiviti baking. M besarrr.. huhu.


Amboiiii.. bukan main rancak depa dua ni berbual tau. Sk pun tak pasti sebenarnya sama ada mereka memang dah lama kenal atau kawan fb macam Sk juga asalnya. Haaaa.. ada sorang lagi tak dapat join.. Murni. Maaf na Murni sebab kami pun memang tak plan boleh bersaing macam ni. Zu pun kebetulan pagi-pagi whatsapp dan Su pulak memang akan hantar cream puff tu sebelum masuk kerja.. tulah ceritanya.. hihi.

Jumpa lagi.
Wassalam.

4 comments:

  1. Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, amboi seronok tu dpt gader2 he3

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak sari... meh jumpa blogger kuantan pulak meh..

    ReplyDelete
  3. Amboiii sedap nampak..
    Saya paling suka makan cream puff..

    ReplyDelete
  4. Numpang berteduh mak...

    Sambil menikmati santapan sedap..

    Kutinggalkan jejak

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH... Dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Ramadhan ...