MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, April 21, 2016

SAMBAL TOTOK

Assalamualaikum...
 
HARI yang paling Sk tunggu-tunggu setiap minggu adalah hari khamis.
Sejak kerajaan Johor mengumumkan
dan mengembalikan Jumaat dan Sabtu
sebagai hari kelepasan am Negeri Johor,
hari Khamis menjadi hari yang paling membahagiakan
kerana waktu pulang ditetapkan pada jam 3.30 petang..
 awal satu jam setengah dari biasa.. syok gilerrr!
 
Tapi, tulah sahaja yang syok
sebab hari Jumaat akan menjadi hari yang paling sibuk.
 Dari celik biji mata ada sahaja kerja rumah yang perlu dibereskan.
Kena buat semua laju-laju
kerana di sebelah malamnya,
akan menghantar Iman ke kelas tuisyen pula
bersambung sampai hari Sabtu.
Bertabah sahajalah.. huhuhu.
 
Haaa... ni cerita malam tadi.
Atas permintaan Iman yang nak sangat makan nasi panas-panas
dengan sambal ikan bilis ni.
Dia belajar makan sambal ni dari kawan sekolahnya..
"sedap sangat bonda," kata Iman.
Sk pun suruhlah minta resepi.
Rupanya kata kawan fb, Sue.. ianya mirip kepada sambal totok.
Oooo.. patutlah sedap..
makan nasi sah-sah dua pinggan baru puas katanya.. huhu.
 
 
Amboiii.. bukan main kasar lagi Iman menumbuk cilinya tu.
Bak komen kawan-kawan fb,
macam kain percalah,
macam nak buat selimutlah.. gitu.
Tapi rata-rata komen kata, yang kasar-kasar nilah yang sedap..
sungguhlahhhh!!
 
Kawan Iman cuma beri senarai bahan
dan cara.. sukatannya kita agak-agaklah ya.
di bawah ni sukatan cara Sk
Sk percaya ramai yang tahu dan biasa buat sambal ni
tapi mesti ada jugak segelintir yang baru nak mencuba
macam Sk ni jugaklah..
dah 41 tahun
baru pandai buat sambal totok
atchummmm!!
 
Sambal Totok
 
1 mangkuk ikan bilis dibersihkan dan digoreng (ketepikan)
3 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih*
1 mangkuk kecil cili padi*
Bahan bertanda * ditumbuk dahulu tapi  jangan terlalu lumat
minyak gorengan ikan bilis tadi untuk menumis
2 sb air asam jawa
secubit ajinomoto
 
Caranya :
Panaskan minyak bekas gorengan ikan bilis tadi.
Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan wangi serta pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan air asam jawa
kacau rata-rata
masukkan ajinomoto.. kacau lagi
sedia untuk dihidang.
 
Tak perlu tambah gula dan garam
sebab rasa ikan bilis yang sudah cukup masin
dan manis dari air bawang yang kita tumbuk tu.
 
Jumpa esok...
Wassalam.
 

5 comments:

  1. Kecur pulak air lioq ni! tp malas pulak nak masak... ni nak g tapau jer!

    ReplyDelete
  2. Ohhh.... sambal ini memanglah tak boleh tumbuk lumat
    Betullah iman buat ni
    Kakak selalu juga buat sambal ni.

    ReplyDelete
  3. Kalau akak jumpa sambal totok ni mau tiga pinggan nasi bertambah SK πŸ˜€πŸ˜‚

    Pandai iman makan sambal ye..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

JAP LAGI BUBUH TAJUK

Assalamualaikum... Salam Nuzul Quran buat semua pembaca yang beragama Islam  dan selamat meneruskan menjalani ibadah puasa.  Hurmm....