BAJU RAYA PAK INCHE

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
 
 
Assalamualaikum...
 
DAH berulang kali Pak Inche Sk pakai baju melayu warna pink belacan di pagi raya.
Rasanya dah tiga kali raya.
dah berbulu baju tu dibuatnya.
Bukan tak ada kain untuk dibuat baju melayu.
Sekurang-kurangnya ada dua pasang kain yang diterima sebagai cenderahati menghadiri majlis berbuka setiap tahun.
Belum termasuk kain sampinnya lagi
Tapi memanjangnya tak sempat nak tempah baju.
Sebab setiap kali keluar rumah lupa nak bawa kain.
Urmmmm.
 
Nak beli baju melayu siap masalahlah pulak
Badan muat tapi leher tak boleh kancing
kata Iman, ni macam Rahim Sepahtu la..
 lahir tak ada leher terus letak kepala
huwa huwa huwa
 
banyak kali Sk cadangkan Pak Inche untuk tukar fesyen
baju melayu cekak musang ke baju melayu teluk belanga
kebanggaan bangsa Johor
tapi dia tak berkenan
susah nak cakap.. huhu
suka hatilah.. pakailah baju pink belacan tu sampai lusuh
malas Mak Inche nak layan.. hahaha.
 
 
Entah macammana, masa jalan-jalan ke Danga City Mall minggu lepas
terberkenan dengan baju melayu teluk belanga
yang dipakaikan di patung ni
 
"cantiklah bah.." pujuk Sk.
Kesian pulak tengok tiap tahun pakai baju lama kan.. hahaha
Iman pun cakap cantik.
 
 
 Inilah booth Teluk Belanga Design
yang pakar dalam menjahit baju melayu teluk belanga
dengan jahitan tikaman tulang belut di leher baju
serta tindih kasih di pesaknya
 
 
 
teringat masa kecil-kecil dulu
ibu Sk menikam tulang belut di depan pintu
Sk sanggup pulak tu mengadap berejam-rejam tanpa jemu
 
 
 
Pujuk-pujuk..
akhirnya ER mengalah
untuk berbaju melayu teluk belanga
di hari raya pertama
giliran di Johor Bahru :)))))
En Jamil.. pemilik Butik Teluk Belanga Design
memilihkan kancing bermata biru
 
 
Ramai anak muda yang tak tahu
menggunakan kancing ini
lebih senang memakai kerongsang berpin
ER tengok pelik
sebab main pusing-pusing
hehehehe
  
 
Inilah Butik Teluk Belanga Design
yang terletak di Danga City Mall
aras satu tak silap
kedainya di sebelah hujung kanan Danga City Mall 
 
 
Selain menjual pakaian siap
mereka juga mengambil tempahan
haaaaaa... bolehlah hantar lagi baju Pak Inche
dah ada tiga pasang kain
sebab dapat lagi masa majlis berbuka puasa dengan badan korporat tempohari 
 
 
Ada juga sampin kain tenun
dan capal
 
  
Klasik.. Sk suka
 
 
Untuk sebarang pertanyaan.. bolehlah telefon ya. 
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Baru betul itu kurung Johor bila leher dijahit tulang belut
    Abg dah lama tak pakai baju melayu SK.
    Dia pakai jubah aje senang lepas raya boleh pakai hari-hari ke masjid.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Uncle ada sepasang tapi tak pernah pakai sebab cari butang/kancingnya tak jumpa! Terimaksih kerana masukkan posting ni. Rasa-rasa macam nak pakai lah tahun ni...wink!

    ReplyDelete
  3. Akak dah sampai lupa macam mana nak jahit tulang belut tu SK..
    Dulu2 rajin tolong kakak jahitkan tulang belut kat leher..
    Cantik pulak akak tengok kainnya SK..berjalur biru dan pink belacan kan..
    pandai pulak di padankan dengan kancing baju warna biru tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!