AHMAD LIM BLACK PANCAKE

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...

CERITA Jumaat lepas,  selepas mengambil Iman dari kelas tuisyen,  Encik Rizar mengajak kami makan mee sup di Ahmad Lim Black Pancake yang terletak di Taman Setia Tropika,  Kempas.  Pagi tu dia nampak ada kawannya yang post tentang mee sup tu terus dia terliur.  Pak Inche ni memang mudah tergoda dan terpedaya maka kita layankan aje adakah pengakhirannya penyesalan atau kepuasan,  kah kah kah.

Sebelumnya,  Iman pun beberapa kali tunjuk Sk gambar-gambar dari fb page ALBP ni.  Tengah-tengah bulan tunjuk memang tak adanyalah Sk nak melayan,  hahahaha.  Ingatkan nanti-nantilah hantar proposal kat babahnya tapi belum sempat dah ada kawannya yang tayang dulu,  hehehe..  Fuhhhh..  Selamattt.


Meh kita layan pancake dulu. 
Sesuai dengan konsepnya
Black Pancake 
Masa tengok gambar dalam fb tu nampak macam pie manis tapi bila tengok kuali macam kuali apam balik.  Rupanya memang betullah apam balik cuma tak dilipat aje.


Cafe ini menggunakan konsep layan diri. 
Ini menu untuk pancake di mana harga bermula dari RM35, tuuuuu dia! 
Mula-mula kita pilihlah topping yang kita nak.  Sk minta staf tu rekomen dan dia kata Nutella yang paling sedap. 
Nutella..  Mana pernah tak sedap. 
Lepas tu, Sk minta dia cadangkan yang lain
Dia kata Cream Cheese Cookies. 
Lepas tu dia kata Sweet Corn pun sedap. 
cream Milo pun sedap. 
Lepas tu Sk terus keliru.
Akhirnya ambil nutella jugaklah. 
Nak cheese tambah lagi RM5
Hurmmm..  Baiklahhh. 

Untuk pancake,  Sk pilih Black Coco dan 350 crust iaitu ketebalan apam balik kita tu,  hahaha. 

Sedap ke? 
Sedaplah jugak..  Apam balik sapu nutella. 
Nutella kan sedap,  tabur cheese..  Lagi laaa
Tapi mahal nak mamps..  Huwaaaa. 

Asalnya,  kami tak bercadang pun nak beli pancake ni tapi... 
Kepedasan makan mee punya pasal
Huhuhuhu..  Amek kaw! 

Sk tak pasti adakah ini menu baru di ALBP atau memang dah ada sejak dulu. 
Haaaa..  Inilah bendanya yang dah mandrem ER, Noodles Cincai Mentolan ke..  pentolan ke..  Lupa pulak bunyinya..  Hahaha. 

Noodles Cincai ni didatangkan dengan lima tahap kepedasan:
1. Penakut
2. Yang sedang saje
3. Pedass
4. Pedas Berdesing
5. Pedas Arwah

Hahaha

Ingatkan dorang masak lima jenis kuah rupanya makin tinggi tahap pedas kita nak,  makin banyak dia bubuh sambal cili thai.  Cili thai tau..  Mahu tak berdesing..  Nasib tak arwah.. Huhuhu. 

Jadi..  Dapat kepuasan atau penyesalan? 
Tak mo jawablah..  Pergi sendiri kalau nak tahu  hahaha. 

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!